FUNGSI ORANG MISKIN DAN KAYA

Kongsikan kepada yang lain
Share

Di dalam masyarakat manusia Allah Taala jadikan satu sama lain tidak sama.

Di antaranya adanya miskin dan kaya ada hikmahnya.

Miskin walaupun tidak diminta, ia diperlukan.

Kaya juga di dalam masyarakat lebih-lebih lagi.

Adanya miskin dan kaya satu keindahan.

Di situ ada kerjasama dan perlu-memerlukan.

Kalau semua orang kaya, kaya yang tidak mempunyai apa-apa.

Kerana banyak keperluan hidup yang orang kaya tidak mampu menyediakan, tiada siapa yang mengadakan.

Ertinya akan terjadi kaya yang menyusahkan.

Lebih-lebih semuanya miskin, lagi menyusahkan dan menyulitkan.

Adanya fakir miskin membolehkan si kaya membela, dapat pahala.

Timbul kasih sayang dari bantuannya.

Fakir miskin mendapat hiburan dari pembelaan.

Terjalinlah di antara orang kaya dan orang miskin jalinan persaudaraan.

Persaudaraan tidak ada manusia yang menolaknya.

Fitrah manusia semuanya sama, persaudaraan diperlukan.

Bukankah indahnya adanya miskin dan kaya.

Bilamana setiap orang itu berfungsi mengikut kedudukannya.

Lahirlah buahan ukhwah dan perpaduan.

Memang semua orang sangat memerlukan.

Kalau begitu apalah yang menjadi masalah dengan kemiskinannya?

Tidak ada masalah, kerana masalah itu

membawa kebaikan.

Melainkan setelah manusia rosak jiwanya.

Si miskin tiada sabarnya, si kaya tidak mahu membela.

Maka lahirlah dua puak yang begitu jauh jurangnya.

Satu sama lain sentiasa bermusuhzusuhan.

Akibatnya kedua-dua puak mendapat kesusahan.

Selepas ekspedisi

11 – 09 – 1999

Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *