PEMIMPIN SEJATI PENGHUBUNG KEPADA TUHAN

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pemimpin sejati itu adalah penghubung di antara hamba dengan Tuhan.

Tidak ada pemimpin ertinya tidak adalah penghubung kepada Tuhan pencipta alam.

Orang ramai perlu kepada penghubung untuk menuju Tuhan.

Pimpin diri sendiri sekalipun ulama, tidak mungkin sampai kepada Tuhan.

Kerana itulah perlu adanya rasul atau nabi.

Dan juga perlu adanya ulama yang berwatak rasul atau nabi.

Untuk memimpin manusia menghubung atau menuju Tuhannya.

Tidak mahu dipimpin, hanya berjalan sendiri akan gagal menuju Tuhan.

Sekalipun niat kita betul dan cuba menujunya.

Kerana jalan kepada Tuhan jalannya tidak nampak.

Ia adalah dipandu oleh pemimpin yang berilmu dan jiwa yang suci.

Kerana pemimpin sejati itu fikirannya terpimpin.

Jiwanya bersih tempat ilham Tuhan.

Siapa yang tidak mahu dipimpin.

Dia akan gagal menuju Tuhan.

Kerana sudah menjadi tradisi sejak zaman-berzaman, adanya pemimpin.

Janganlah anggap menuju Tuhan boleh sampai tanpa pemimpin.

Nanti yang akan memimpin adalah syaitan.

Pimpinan syaitan adalah menyesatkan.

Oleh itu harap mengambil perhatian.

Setiap orang mesti perlukan pimpinan.

Agar segala usahanya sampai kepada Tuhan.

Lepas Zuhur

10 – 12 – 1999 (2 Ramadhan)

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *