Apakah Malaysia akan senasib Bosnia? Kembara Berkat Bosnia XI

Kongsikan kepada yang lain
Share
YH Tuan Dato’ Lokman menurunkan tandatangan di buku pelawat, Kedutaan Besar Malaysia di Bosnia

Salam ceria.

Selepas melawat Old Bazaar, rombongan bergerak menuju ke Kedutaan Malaysia di sini. Sebelum itu, kami menunaikan solat di sebuah masjid yang berdekatan.

Terletak di Radnika 4a, 71000 Sarajevo. Sampai-sampai kami disambut oleh En Shamsul Fitri Mohd Ali, Third Secretary, lalu di bawa ke lobi tetamu di mana para pimpinan GISBH menurunkan tandatangan di buku pelawat.

Duta Besar Malaysia ke Bosnia ialah TYT Zamri Jaafar yang sampai ke Sarajevo 19 September 2017. Sebelum itu beliau adalah Duta Besar Malaysia ke Jordan sejak 2014. Tuan Dato’ Lokman mengenali beliau ketika berkhidmat di Jordan. Tapi sewaktu kami sampai ke sini, beliau tiada di Bosnia.

Kemudian kami dibawa ke tingkat atas, di bilik mesyuarat di sambut oleh Puan Wan Shafawati Wan Mustapha, First Secretary di Kedutaan. Kami dipersilakan duduk oleh beliau mengelilingi meja mesyuarat yang panjang. Telah terhidang di atasnya makanan tradisi orang Bosnia untuk jamuan kami seperti burek, krim pavlaka, Simple tetapi istimewa kerana pernah kami ke sebuah kedutaan Besar Malaysia di sebuah negara, kami hanya dihidang teh bujang. Tak mengapa hidang apa pun atau tak hidang sekalipun tetapi apabila mengulang-ulang cakap; “Kami, sekarang kami tak ada bajet dll”, terasa macam kami datang untuk minta dijamu.

Menyambut permintaan dari Puan Wan Shafawati untuk memperkenalkan ahli rombongan, Dato’ Lokman memperkenalkan kami seorang demi seorang;

Tuan Dato Lokman memulakan dengan YM Tuan PLP, “Ini Tuan Nasiruddin Mohd Ali, kami punya Pengerusi Lembaga Penasihat, GISB Holding Sdn Bhd, bersama ahli rombongan,  Tuan Hasnan kita punya pengarah untuk utara Malaysia, Thailand  dan juga Cina, Tuan Fadhil Yassin di kawasan Tengah, Saudara Ufuk rakan baik kami di Turki, beberapa orang staf En Fida anak Tuan Nasir, En Lokman, En Adib, En Rizal kami punya pengarah bahagian media, En Syurahbil kita punya

representative di Mekah, Tuan Harun kita punya pengarah di Jordan, En Yahya salah seorang staf kita di Istanbul dan saudara Nafi’ anak Tuan Nasir staf kita di Istanbul.”

Tuan Dato’ Lokman meneruskan penerangan, antaranya berkata;

“Jadi ini antara ahli rombongan yang datang dan kami mengucapkan terima kasihlah di atas sambutan istimewa. Kami baru kali pertama datang ke Bosnia, semua kali pertama datang, menaiki 2 kenderaan, melalui jalan darat selama 3 hari,  yang lambat di Border, singgah tidur di Macedonia dan Montenegro.”

“Kami cuba explore setiap negara yang kami pergi, terutamanya kita tengok kedudukan umat Islam, Bulgaria sampailah ke sini. Sudut agamanya Malaysia sendiri kena bantu sebenarnya.”

“Contohnya Macedonia, dia dah ada Turbish iaitu umat Islam yang masuk Islam zaman Othmaniah,  diorang pindah  duduk di bukit-bukit,  sepanjang tu kan penuh masjid-masjid, tapi nak cari makanan halal susah,  ada 2 restoran Islam, tapi jual arak.”

“Kami ada berhenti sembahyang di sebuah masjid di sempadan Montenegro, dia azan pakai hand phone, azan pun tak reti.”

“Kami ada tanya makanan macammana?

“Dia kata susahlah, kalau makan di luar kami hanya makan pizza cheese mozarella, sini lebih baik. Yang lain tak ada jaminan halal.”

“Jadi bukanlah semata-mata bisnes kami fikirkan, tentang kebajikan rohani umat Islam tu. Macam di Australia kami masuk sana agak lama, kita ada bisnes sendiri, di Perth ada Butcher, di Sydney ada butcher, ada ladang sendiri, kita ada beli tanah di Sydney,  tak mustahillah di Balkan ni ada tempat sebegitu supaya ada tempat membekal daging-daging halal.”

Tuan Dato CEO menyambung lagi, “Di Istanbul kami masuk tahun 2013, kita tumpu di Eropah, di Jordan kita ada dua Restoran Malaysia, di restoran kita di Dubai memang menyediakan makanan Malaysia.”

“Di sini insyaAllah, di Saudi kita memang ada muassasah sendiri muassasah Global Ikhwan tapi kita kena berkerjasama dengan rakyat tempatan, mujur kita dapat kawan yang memang baik betul.”

“Ataupun ada la beberapa option kita hantar beberapa supplier daripada Perancis ke, produk halal, ke kawasan Balkan ni, kawasan yang kami lalui tu, sini di Bosnia tak kritikal.”

“Sebelum ni kita ada buka restoran satu di Irbid di sempadan Syria, satu lagi di Jerash, dia ada farm, stable kuda, tapi yang tu kita sewa, dah lama dah kita sewa, biasa kedutaan bercuti di situ, meeting kat situ,  pelajar Malaysia sewa Homestay.

Begitulah serba sedikit butir bicara Tuan CEO kita. Kadang-ladang di selang seli dengan soalan. Menurut Puan Shafawati, akibat perjanjian perdamaian, presiden Bosnia akan bergilir dari kalangan 3 etnik iaitu Etnik Bosnik, Serbia dan Croatia. Setiap wakil etnik akan memerintah selama 8 bulan, bergilir-gilir. Sedih mendengar mendengarnya, bangsa Bosnia Muslim tidak lagi menjadi tuan di tanah air mereka sendiri! Apakah ia akan terjadi di Malaysia?

Bersambung…

Villa GISBH Amman, Jordan.

10.24am, Ogo 2, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *