MENGAPA PERLU MENYOKONG PROGRAM IBADAH KORBAN GISBH DI BUMI SYAM 1439H/2018M?

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Penat lelah berhadapan dengan Badwi di Mazra’ah Baq’ah dengan proses pemindahan yang rumit kerana tuntutan tidak munasabah dari family Abu Haitham menyebabkan kami tidak memikirkan untuk mengadakan program korban tahun ini.

Walaupun Mazraah baru yang YBM Tuan Nasiruddin namakan: Pusat Latihan Pertanian Berkat Dato’ Ibu (PLPBDI) sangat sesuai untuk program korban kerana sangat luas, cukup fasaliti, tetapi memandangkan tenaga kerja yang semakin kurang, ia terpaksa dipendamkan sahaja.

PLPBDI

Ini adalah kerana ada remaja yang dihantar balik Malaysia kerana sakit diiringi remaja yang sehat, rupanya yang iringi pun tak dapat pulang ke Jordan. Sebelum ini Jaeid dan Udin balik kerana proses undang-undang. Rofiq balik kerana sakit tulang belakang. Ubai balik kerana memang datang untuk tugasan khas dan ada tugas lain di Malaysia. Abu Aliah balik kerana ziarah keluarga. Ramai yang ke Malaysia. Yang seorang ni, dah berjanji untuk datang balik malah disiapkan return tiket ke Jordan tapi kerana kehendak-kehendak peribadi yang tak mampu dikorbankan, maka terkorbanlah janji dengan anjang. Visanya yang kita buat untuk masuk Palestin membawa pelancong pun terpaksa burn seperti return tiket juga. Moga semua RPU tidak menjadi RPN.

Allah Maha Pengasih. Tetapi bila student Singapore yang baru bekerjasama dengan GISB mengadakan majlis perkahwinan menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama kedua dalam menganjurkan majlis korban, kami berubah niat. Kami terus survey harga-harga kambing dan biri-biri di beberapa tempat di Amman dan Irbid.

Souq Halal itu terjemahan mudahnya pasar ternakan hidup seperti kambing hidup

Kambing baladi agak mahal harganya. Biri-biri baladi pun mahal. Baladi tu tempatan la. Mungkin kerana faktor rasanya lebih sedap kerana makan makanan secara digembala di bumi Syam yang berkat ini. Yang import dari Romania dan Greece dipanggil ‘Romani’ dan ‘Yunani’ lebih murah harganya. Kambing dari Australia pula lebih berkualiti tapi terpaksa ikuti syarat Australia yang memperjuangkan hak atau kebajikan binatang ternak, ia tak boleh dijual oleh peniaga di tepi-tepi jalan. Kambing Australia masuk Jordan terus ke ladang ternak yang diiktiraf dan hanya boleh dibawa keluar setelah disembelih sahaja.

Biri-biri ‘Romani’ baru sampai panas-panas

Pencarian kambing kami membawa kami ke khemah Badwi keluarga Al Anazi di Irbid. Mereka menyewa tanah tanaman gandum yang telah dituai. Jadi ternakan mereka boleh memakan baki jerami-jerami gandum yang tinggal. Mereka tinggal di dalam beberapa khemah. Khemah suami isteri, khemah keluarga, khemah untuk tetamu dan persiapan makan. Berkenderaan pick up untuk membawa bekalan air dan lain-lain keperluan. Yang anjang pelik, ada set TV dan ada letrik. Rupanya mereka tarik dari rumah orang kampung yang tak jauh dari situ.

Mendengar penerangan Abu Muhammad dalam kunjungan kali pertama

Ketika sampai ke khemah mereka, Abu Muhammad menyambut kami penuh mesra. Oleh kerana kami sampai lewat, dah masuk Maghrib, tak sempat tengok ternakan kambing dan biri-biri mereka yang banyak. Abu Muhammad seorang yang sangat baik. Beliau yang telah menunaikan haji 2 kali telah menyiapkan rumah semua ahli keluarganya di Mafraq, malah telah membina sebuah masjid. Tetapi masih terus membela haiwan ternak secara Badwi di khemah-khemah, berpindah-pindah.

Setelah menjamu kami ‘Gohwah Sadah’ atau kopi untuk raikan tetamu, pahit tanpa gula, Abu Muhammad berkata jujur, untuk melihat ternakan, tak sesuai di waktu malam, kita tak nampak jelas kerana kawasan itu gelap. Tak nampak saiz dan fizikal ternakan yang sebenarnya. Abu Muhammad cadangkan kami datang semula esoknya. Kami bersetuju dan meminta izin untuk pulang. Abu Muhammad tak benarkan dan meminta kami meminum teh dan menunggu makan malam. Kami hanya meminum teh dan tetap meminta diri memandangkan kami baru sahaja makan tengahari sebelum Maghrib kerana terlewat. Tadi kami dijamu mansef Ummu Tamer di rumah baru Saudara Yasin.

Jamuan ala Badwi kunjungan kali ke 2
Beramah mesra dengan Abu Muhammad
Abu Muhammad berjubah cerah memberi penerangan. Dalam kelompok Badwi, bila ketuanya bersuara, yang lain semua senyap memberi penuh perhatian dan penghormatan. Tak macam parlimen Tanahairku, siap mencarut dalam ‘Dewan yang Mulia’.
Anak-anak Badwi menunggu giliran makan lebihan tetamu sebagai memuliakan tetamu dan mengambil berkat. Oleh itu jangan perabihkan lauknya!

Pemurahnya kaum Badwi ni bukan lakonan, Abu Muhammad bertegas supaya kami makan malam di khemahnya malam esok. Katanya, samada setuju untuk membeli kambing-kambingnya atau tidak kita tetap akan teruskan hubungan sebagai saudara. Ia lebih mahal dari jual beli.

Esoknya kami pergi ke tempat yang dijanjikan untuk melihat sendiri contoh biri-biri yang akan kami beli untuk ibadah korban nanti. Belajar mengenali baka Romani dan Yunani. Belajar memahami, biri-biri yang gemuk berisi dengan yang kurus melidi kerana kita mungkin tertipu dengan bulunya yang tebal sedangkan isinya sangat kurang.

Ada yang berbulu tebal, ada yang togel
Baru sampai dari jauh

Ada berani ke?

Mari-mari

Posing sikit

Setelah berpuas hati melihat contoh-contoh biri-biri yang akan kami beli, kami merancang untuk membuat program ibadah korban yang agak besar di PLPBDI. Lebih-lebih lagi bila kami menilai program Jumaat Berkat yang kami lakukan saban minggu mendapat sambutan. Melihat sendiri penempatan dan kehidupan pelarian Syria dan Palestin di khemah-khemah Pelarian sekitar Amman, Irbid dan Jarash menambah rasa pilu di hati kami. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.’

Yang kita nampak hanya yang lahir. Penempatan yang sesak dan dhaif. Anak-anak yatim, miskin dengan pakaian yang sederhana atau lusuh. Ibu-ibu tua dan janda-janda bersama anak-anak yang cacat anggota. Itu yang kita lihat, sedangkan apa yang ditanggung di hati mereka siapa yang tahu? Kematian ayah, ibu, suami, isteri dan saudara mara. Kehilangan anggota keluarga tanpa khabar berita. Ada yang ditangkap dan disiksa bertahun-tahun tanpa proses dakwaan. Yang hidup melarikan diri ke Jordan tetapi tetap hidup menderita. Sebab itu mereka sangat gembira apabila kita hiburkan sekali sekala dengan jamuan makan dari penderma yang kami sediakan dan diagih-agih oleh para remaja.

AGIHAN JUADAH JUMAAT BERKAT KEPADA PELARIAN PALESTIN DAN SYRIA.

Lebih-lebih lagi terasa ingin berkhidmat sesama saudara seagama bila sampai berita kepada kita, kerajaan pimpinan Trump menghentikan bantuan kepada mereka.

(Kerajaan Amerika Syarikat telah memotong sumbangan kepada Agensi Bantuan and Kebajikan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menjejaskan 525,000 murid dan 150 klinik rakyat Palestin di kem pelarian Syria, Jordan dan Lebanon. 30,000 pelarian Palestin juga hilang pekerjaan.)

Itulah berita yang sampai pada kita. Sempena dengan Hari Raya Korban, marilah kita berkorban demi keredhaan Allah, memberi sedikit kegembiraan kepada mereka. Masih belum terlambat untuk kita berpakat sesama adik beradik, sesama rakan perniagaan, kawan-kawan sepejabat, member grup Wasap dll untuk sama-sama menjayakan program korban ini. InsyaAllah kami yang memang berada di Jordan akan bersama saudara semua menguruskan ibadah ini hingga sampai daging-daging korban kepada para pelarian Syria dan Palestin yang sangat memerlukannya.

Segala sambutan dan kerjasama para pembaca didahului dengan ucapan terima kasih, moga Allah membalasnya dengan segala hajat ditunaikan, dosa diampunkan dan amalan diterima. Aamiin.

Amman, Jordan.

8.57am, Ogos 11, 2018

Mari sertai IBADAH KORBAN DI BUMI SYAM
Kongsikan kepada yang lain
Share

Cari produk Murah Online?

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *