18% MALAYSIAN HAPPY AND 82% UNHAPPY WITH THE PERFORMANCE OF PH OVER 100 DAYS. Korang macam mana? Happy atau merana?

Kongsikan kepada yang lain
Share
Salam ceria,

Polls di buat oleh 6 pihak;

1. Kelab Maya Mahathir.

2. Suara Rakyat.

3. Otai Bersih.

4. The Patriots.

5. The Malaysian Insight.

6. Tentera Troll Kebangsaan Malaysia.

Jumlah orang yang mengundi: 250.2K, bukan sedikit. Ramai tu. 82% dari tu tak gembira. Anjang antara gembira dan tak gembira.

Sebab apa?

Tak gembira sebab PH macam tak buat apa-apa dalam menangani LGBT. Malah macam menyokong mereka bukan nak membaiki mereka, tapi mengiktiraf mereka.

Tak gembira sebab PH ambil penasihat-penasihat agama golongan wahabi dan liberal. Banyak guna akal. Tak berani tegur Tun Mahathir atau membetulkan Tun.

Tak gembira sebab semua golongan diberi peluang dan ruang hatta Ahmadiyah pun dah diiktiraf, Syiah semakin bebas. Tapi Al Arqam yang di haramkan di zaman Tun, tak diberi perhatian langsung. Tak ada semakan fatwa.

Tak gembira sebab ulama tak berperanan. Patutnya ulama berperanan. Sekarang peranan ulama diambil oleh Tun M. Tun M kata, Menifesto bukan kitab suci. Betul la. Tapi yang betul-betul kitab suci pun Tun tak ikut. Isteri Tun tak bertudung. Tak ada ulama yang tegur. Ulama tak marah. Dulu Tun ada rujukan, seorang Tok Guru di utara. Paling tak, ada juga rujukan. Sekarang tok guru itu sudah meninggal dunia. Tak ada siapa menegurnya. Patut Tun tirulah Erdogan. Keliling Erdogan berapa banyak ulama-ulama. Tak kurang 7 orang syeikh-syeikh menjadi rujukan di keliling Erdogan. Beliau sentiasa merujuk dengan syeikh-syeikh. Tun M merujuk pada siapa? Tiada. Sebab itu Tun dah macam ulama, buat itu dan ini. Beri kenyataan itu dan ini tentang agama. Isterinya pun tak bertudung. Macam ini ke pemimpin?

Kemudian di mana peranan raja-raja? Kalau semua ini tak dibetulkan, tak dinaikkan atas rel sebenarnya, hancurlah Malaysia.

Gembira sebab sistem demokrasi semakin jelas di penghujung… Islam sebenar akan naik. Tapi tetap bimbang. Bagaimana ia akan berlaku?

Ofis NMA Jordan

7.15am, Ogo 18, 2018

Peratus yang gembira 17.83%, yang tidak gembira 82.16%. Tak sampai 25% gembira.
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *