GISBH berjuang atas tanah, bukan bawah tanah. Kembara Berkat Bosnia XII

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,

Sejak post terakhir 2hb Ogos tentang Operasi di Balkan, kita terhenti panjang kerana banyak program mendatang. Hari ini kita cuba sambung kembali dengan ucapan YBM Tuan Nasir sebaik selesai ucapan YBM Tuan Dato’ Lokman Hakim ketika program bersama pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Bosnia pada 4hb Julai 2018, masa pertemuan dari 3.30-4.30.

YBM Tuan Nasiruddin Mohd Ali menceritakan;

Kalau ikutkan dari Turki ke sini tak jauh, kalau kita melalui Serbia tetapi Serbia kena guna visa. Jadi kami kena ikut laluan tanpa perlu buat visa di Malaysia.

Penting melawat semua negara ini sebab di Balkan ni antaranya sejarah Islam pernah bertapak selama 600 tahun bawah kerajaan  Othmaniah. Jadi kami mengkaji, mengapa Islam jadi begini, mengapa umat Islam terhina begini, sebab Islam agama selamat, orang Islam kena selamat.

Kami mengkajilah sebab atas nama kebajikan kita kena bagi khususnya kepada saudara-saudara kita. Saudara seislam. Jadi kita datang, bukan nak makan-minum seperti biasa. Semua yang kita buat mesti ada hubungan dengan jiran dan saudara seagama. Allah akan tanya, tak bolehlah hidup macam biasa, tanpa fikirkan orang lain. Ertinya kita kena prihatin dengan jiran. Jadi kami tafsirkan jiran-jiran ni negara-negara yang dekat dengan kami. Berapa banyak ni, ini kita belum pergi Afrika, jadi itu antaranya sebab kami datang ke sini.

Bila masuk di sini kita sedihlah, sebab dulu pernah jadi empayar, jadi kenapa di biarkan?  Tentu Allah marah, jadi kita kena kaji di situ pula, apa yang kita boleh bantu kita akan bantu. Jadi itulah antara yang kita buat walaupun di tempat-tempat lain, kalau di Indonesia tu walaupun ada orang Islam, sebenarnya Kristian tak kuat, tapi umat Islam yang lemah, walaupun 90% umat Islam, sebenarnya Kristian tak kuat walaupun nampak gereja-gereja tapi sebenarnya umat Islam yang lemah. Umat Islam lemah ni pasal apa?  Pasal bergaduh sesama sendiri, yang kasta yang besar, sombong sebagai orang besar, yang bawah duduk merempat di bawah.

Dalam usaha dakwah kami melalui bisnes, termasuklah dari Aceh sampai ke Papua kita masuk, di Papua pun kita ada restoran, restoran itu hidup, di kafe kita ada orang masuk Islam. Jadi ini yang dikatakan hubungan kita dengan manusia hubungan dengan Allah. Soal sembahyang, semua orang Islam kena buat. Ini yang kami buat, ajak semua orang sembahyang. Tapi kami dulu dah dituduh sesat, kami dulu Arqam, bekas Arqam, tapi Allah nak tunjukkan sapa yang sesat?

Semua orang bebas beri pendapat tapi kena bertanggung jawab. Jadi kami terus berjalan, pada kami tak de masalah, itu ujian kita sebagai umat Islam. Dituduh macam-macam.

Jadi itulah yang kami buat, sebab kami awal-awal datang lapor diri di kedutaan supaya kita selesaikan awal-awal. Kita maklumkan kedatangan kita. Saya dulu, awal-awal sampai di Turki saya jumpa kedutaan. Saya bawa buku-buku Arqam, saya serahkan sebab ini kami dah dituduh sesat. Lagipun di Malaysia dah bakar semua buku-buku ni, ni tanda penyerahan diri kami, kami dah buat kehidupan baru, tanda kami buat hubungan dengan wakil kerajaan . Dato’ Duta kata, Saya takkan bakar, saya nak baca. Kedutaan kita di Ankara. Kami tinggal di Istanbul.

Hakikatnya masyarakat masih lagi pandang serong dengan kami ni, sebab dah diwar-warkan oleh surat khabar, yang kami sesat. Kemudian nak patah balik, tarik balik perkataan sesat tu, sampai sekarang walaupun kerajaan dah bertukar dan sebagainya, sepatah pun tak bercakap tentang itu. Padahal Arqam tu dah difatwakan sesat dan sebagainya, tapi kami membantu rakyat Malaysia khasnya di seluruh dunia. Kami buat kafe dan catering. Dulu zaman Dato’ Seri Najib, kita jamu beliau di Istanbul, dia datang kita buat catering, kita tiada masalah, begitu juga mantap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Zahid Hamidi, buat majlis. Ketua polis datang. Kami layan macam biasa, maksudnya kami sangat tiada masalah, begitu juga di Dubai.

Jadi itu pendirian kami, maknanya yang dulu kira dah selesai, tiada masalah. Sekarang kita ada hubungan sesama manusia. Nak bantu orang-orang Islam Balkan. Jadi janganlah menganggap kami datang ni nak bawa ajaran sesatlah dll, sedangkan ramai dah orang sesat, sebab apa? Tak sembahyang sesatlah, tak sembahyang semua tu sesat. Dulu kami tanya orang Turki peringkat

awalnya, sembahyang tak? Mereka jawab, Sembahyang. Bila? Seminggu sekali sembahyang Jumaat, atau setahun 2 kali sembahyang Raya.

Jadi kita ajak, didik, termasuklah kawan kami di sebelah ni (En Ufuk), yang ikut ni, dia remaja, dia dah mahu dengan kita, kita tak paksa dia, begitulah kami berkawan.

Jadi itulah perjuangan kami, kita bina perjuangan begini sebab Rasulullah pun berdagang, sambil berdagang bawa Islam, bila dah sampai peringkat orang dah nak beramal Islam dan sebagainya, kita buat kursus sembahyang, bukan ajak orang yang tak sembahyang, kita kursuskan orang yang dah sembahyang, pasal apa? Ramai yang sembahyang. Sembahyang, sembahyang yang tak membakar mazmumah. Sembahyang sebut, Allahu Akbar tapi dalam sembahyang tu cari kunci, berniaga dan sebagainya, tak khusyu’, Allah marah.

Ini kita susun, itu yang Islam yang kami nak sampaikan, bukan maknanya kita biarkan umat Islam, tu yang Dato’ Lokman sebut tadi kan, masjid banyak, banyak orang bantu bina masjid. Ramai orang yang bangga dengan banyak azan, bangga dengan bagi ramai yang beri salam, tapi umat Islam, makanan halal pun tak boleh buat. Mari kita patah balik, suluh balik Malaysia, Malaysia makanan halal di Malaysia disediakan 80% oleh syarikat-syarikat bukan Islam, hanya 20% sahaja oleh orang Islam, mana maruah kita?

Umat Islam pula asyik bergaduh je, bergaduh pasal politik mana sebut pasal Islam? Kami sendiri ikut politik, kami mengundi bukan kami tolak, tapi pada kami, Islam kena dibina, kena bangun, jadi itu pendirian kami. Kami baik dengan orang politik, kami baik dengan semua orang, ni dulu Hj Mat Sabu pernah datang tempat kafe kita di Istanbul, Datin Wan Azizah pun datang makan, kami cakap dengan Dato’ Duta, Dato’ ni parti pembangkang datang makan, macam mana ni? Duta cakap, kamu berniaga tiada masalah.

Kami memikirkan umat Islam, kalau tidak, jadi macam nilah, jadi Bosnia, yang hancur lebur, yang dirogol, anak isteri depan mata dibunuh, sebab apa? Mereka Islam tapi tak memperjuangkan

Islam.

Jadi itulah antaranya matlamat kami, kami berniaga tapi kami nak ajak semua umat Islam, tak kiralah di negara mana, selagi kita boleh buat kita buat, ini yang Abuya Ustaz Ashaari ajar kami, tapi orang nak tuduh kami sesat, tak pelah, kami taubatlah, hari-hari kami taubat.

Tapi orang tak berapa faham. Kenapa sebenarnya? Sebab ada wartawan nak marah-marah kami. Masa arwah Tan Sri Sanusi Junid. Jangan usik-usik Arqam ni, pasal Tan Sri yang paling rapat dulu dengan jemaah Arqam, sebab dia tahu. Jadi itu semua sebagai nak faham bersamalah. Sebab peringkat awal kami datang Turki, sentiasa diintai, diintai tu dihantar orang tengok kami di masjid. Pada kami, tak de masalah, kami bukan berjuang bawah tanah, kami berjuang atas tanah semua. Itu sebab restoran kami diseluruh dunia ada 112 buah. Jadi supaya tak syak, kami terus terang dan inilah yang kita jalankan, di Turki kita dah 5 tahun, kita dah ada visa tahunan, dah ada kimlik, kita dah ada semua. Jadi sebenarnya sangat-sangat membantu kedutaan-kedutaan, begitu juga di Frankfurt, Kita buat majlis, panggil semua, di London kita buat majlis. Jadi itu kami nak khidmat, yang dikatakan khidmat pada masyarakat, jadi itulah antara tujuan kami, maknanya atas perniagaan ini kami berkhidmat, cuma ikutlah sampai peringkat mana yang boleh.

Kalau di Turki tu boleh buat sekolah, kami nak buat sekolah, sebab ramai pelarian-pelarian Syria. Yang kita nak didik, maknanya fahamkan Islam dan sebagainya, itulah kita .Sebab itulah kami duduk 5-6 tahun tak pernah diganggu, sebab Presiden Erdogan sangat-sangat faham, sebab orangnya ada yang bersama- sama dengan kami. Dan dialah sekarang antara tokoh yang paling

banyak membela Islam, khususnya di sebelah sini, bekas jajahan Turki, sekarang dia dah menang.

Kami ni hampir 80% remaja-remaja, sebab kita kepung, remaja-remaja ni macam-macam hal, macam-macam background. Kita didik semua dan ajar buat projek, bila berjalan kita pantau. Antaranya mereka minat hiburan, kita latih mereka bernasyid, kita bawa merata merata dunia, hiburkan manusia. Di mana-mana orang kata, Malaysia cantik, mana kita pergi, kita nak tunjuk akhlak cantiklah.

Kemudian kita nak cerita tentang rohnya, macam kita ke Turki, orang nak tahu, kita ceritakan bagaimana roh dan jiwa Sultan Muhammad Al Fateh? Macam mana perjuangannya? Sebab Ramai orang lain hanya bawa ke tempat-tempat menarik dan selesai. Kita belajar dari orang-orang Turki sebab mereka berjuang dan berperang dah lama sangat.

Agak berat isi perbualan dari Tuan Nasir selaku Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH Sdn Bhd. Tapi kami rasa agak ringan kerana kebaikan team di Kedutaan yang bersungguh-sungguh menghidangkan kami makanan tradisional Bosnia. Sambil mendengar ucapan Tuan PLP, sambil mengunyah tak la rasa berat sangat. Setelah selesai majlis, kami bergambar dan beransur meninggalkan bangunan kedutaan kira-kira jam 5pm. Tak tau, bila akan sampai lagi. Mungkin bulan September nanti. InsyaAllah kalau dah beli motorhome dan Allah mudahkan segala persiapan. Kalau Allah nak mudahkan, semuanya akan mudah. Walaupun kelihatan susah. Kalau Allah nak susah-susahkan, perkara yang nampak mudah pun akan jadi susah. Ya Allah, mudahkan segala urusan kami.

Aamiin ya Robb!

Villa GISBH Amman, Jordan.

6.12pm, Ogo 23, 2018.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *