Keperluan Menguji Gula Dalam Darah.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Mari kita menambah info tentang penyakit diabetes, mungkin ia berguna untuk kita atau ahli keluarga kita suatu hari nanti. Terima kasih kepada Dr Zubaidi atas artikelnya yang memberi manfaat kepada kita semua, insyaAllah. Selamat membaca.

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga.

Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah.

Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer.

Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan:

Fasting blood sugar (FBS)atau pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.

• 2-hour postprandial blood sugar (2HPP) atau pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.

Random blood sugar (RBS) atau pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia bermakna pesakit mungkin menghadapi masalah diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahkan (confirmatory) untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes.

Oral glucose tolerance test (OGTT)ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

Bacaan Glucose yang Normal

Bagi ‘Fasting Blood Glucose’

Bagi ‘Oral Glucose Tolerance Test’ (OGTT)

Bacaan ini untuk orang biasa (bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum 75-gram air glucose.

Bacaan glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 3 jam, kandungan glucose akan turun kurang dari 6.0 mmol/L.

Jika bacaan glucose melebih bacaan ini, selalunya akan menyebabkan komplikasi mata, buah pinggang dan jantung. Oleh itu bacaan gula yang baik harus rendah iaitu kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6 mmol/L selepas makan.

Jadi jika anda seorang penghidap diabetes, menguji gula dalam darah adalah sebahagian pengurusan diri yang amat penting. Setiap pesakit diabetes harus mengetahui berapa kerap dan bila ujian pemeriksaan ini harus dilakukan.

Kekerapan ujian dilakukan

Ramai pesakit diabetic yang menyangka pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah setiap empat bulan sekali sudah mencukupi.

Inilah yang sering berlaku pada warga tua yang menjalani rawatan di pusat kesihatan kerajaan empat bulan sekali. Ada yang cuba menipu doktor dengan menjaga pemakanan bersungguh-sungguh beberapa hari sebelum hari pemeriksaan dengan harapan bacaan glucose mereka normal. Jika tidak, tentu dimarahi doktor yang bertugas.

Ini adalah suatu tindakan salah. Pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah seharusnya dilakukan sekerap mungkin.

………………..………………

Di Jordan dan Turki Unit yang digunakan ialah mg/dL. Di Malaysia kita guna skala mmol/L. Contohnya: 5.5mmol/L sama dengan 99 mg/dL. Sebab itu bila pengidap kencing manis di Jordan atau Turki bertanya berapa bacaan gula anjang, kalau anjang jawab 10-13, dia akan terkejut. Tak hypo ke? So macam mana nak tukar antara dua skala ni? Senang je x 18 atau bahagi 18. Kalau bacaan 10, orang Jordan tanya kita congak 10×18=180, baru dia orang faham. Kalau dia kata bacaan dia 200, jangan gabra, bahagikan, 200/18 lebih kurang 11. Ok. Jumpa lagi.

Villa GISBH Istanbul

9.55 pm, Okt 17, 2018

P/s:

Untuk pendetailan sila klik blog Dr Zubaidi di bawah:

Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah | Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis

  • bacaan cek mata (1)
  • bacaan gula selepas makan (1)
  • bacaan normal bagi kencing manis (1)
  • check gula lepas makan (1)
  • kadar normal gula dalam darah (1)
  • kencing manis (1)
  • keperluan ujian kandungan gula dalam darah (1)
  • paras gula selepas makan (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *