Kebakaran hutan di Israel, 40 rumah hangus

Kongsikan kepada yang lain
Share
KEBAKARAN hutan akibat cuaca kering memusnahkan kira-kira 40 buah rumah di Israel. – Foto Reuters

BAITULMAQDIS: Israel kekal dalam keadaan amat berjaga-jaga, hari ini, selepas kebakaran hutan akibat cuaca kering memusnahkan kira-kira 40 buah rumah.

Tiada laporan kecederaan disebabkan kebakaran, semalam, ketika perkhidmatan kecemasan memindahkan penduduk yang berada dalam jajaran kebakaran di tengah negara itu.

Ketika bercakap dalam mesyuarat krisis, hari ini, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengucapkan terima kasih kepada beberapa kerajaan asing yang membantu mengawal kebakaran itu.

Croatia, Cyprus, Greece dan Itali menghantar beberapa pesawat pemadam kebakaran, sementara Mesir menghantar dua helikopter.

Banyak jalan raya merentasi zon berbahaya di tengah Israel masih ditutup atas kebimbangan kebakaran mungkin kembali marak, ketika cuaca panas luar biasa.

Difahamkan, suhu sudah mencecah sehingga 40 darjah Celsius di kebanyakan kawasan negara itu, sejak beberapa hari lalu. – AFP

AM: Semalam ke Masjidil Haram, memang terasa bahang panasnya. Lebih-lebih lagi di terowong untuk turun kenderaan dan naik eskulator ke dataran Masjidil Haram. Bahang yang amat. Dengan sesaknya kenderaan dan berpusu-pusunya manusia yang inginkan rahmat dan berkat dari Allah di 10 terakhir Ramadhan tahun ini. Dengan kasih sayang Allah, selepas Zuhur hujan turun di Mekah. Udara jadi lebih sejuk dan nyaman. Alhamdulillah. Anjang dengar, beberapa hari lepas di Mesir suhu mencapai 51°C tapi Alhamdulillah tiada kebakaran. Sudah tentu ada maksud Tuhan dengan kebakaran besar di Israel.

Klik Gambar untuk video

Kebakaran’ dan kezaliman juga berlaku terhadap Umat Islam dengan krisis yang bermacam-macam seperti yang berlaku di Iraq, Libya, Syria, Yaman, Myanmar, China, India, Sri Langka dan terkini di Indonesia. Sebahagiannya nampak terancang oleh ‘tangan-tangan ghaib’.

Ya Allah! Selamatkan Islam dan Umat Islam di Syria, Sri Langka, India, China dll khasnya di Malaysia dan Indonesia dari musuh-musuh agama. Ya Allah! Anugerahkan kami takwa di akhir bulan Ramadhan yang penuh berkat ini agar segala masalah kami ada jalan keluar dan mendapat bantuan-Mu… Aamiin.

Villa GISBH Mekah

4.11am, Mei 26, 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *