Sejuta terkena jangkitan seksual setiap hari – WHO

Kongsikan kepada yang lain
Share

LONDON: Lebih sejuta individu di seluruh dunia terkena jangkitan seksual setiap hari, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, semalam, ketika kadar penyakit chlamydia, gonorrhoea, trichomoniasis dan syphilis berada di tahap paling membimbangkan.

Kebanyakan jangkitan itu mudah dicegah atau disembuhkan, namun ada penyakit tertentu seperti gonorrhoea kian menjadi kuat dan semakin sukar dirawat dengan antibiotik, kata WHO menerusi laporannya.

“Penyakit bawaan seks ada di mana-mana. Ia lebih berleluasa berbanding tanggapan kita,” kata pegawai perubatan di jabatan kesihatan dan penyelidikan reproduktif WHO, Teodora Wi.

Laporan itu adalah berdasarkan data terkini pada 2016, ia menunjukkan terdapat 127 juta kes baharu chlamydia bagi lelaki yang berusia antara 15 hingga 49 tahun.

Kes jangkitan gonorrhoea pula merekodkan 87 kes, syphilis 6.3 juta kes dan trichomoniasis 156 juta kes.

“Jangkitan bawaan seks atau STI tegar dan menjadi ancaman wabak kesihatan seluruh dunia serta mempunyai kesan teruk kepada individu dewasa mahupun kanak-kanak.

“Jika dibiarkan tanpa rawatan, ia mungkin membawa kepada kesan kesihatan serius dan kronik termasuk penyakit saraf atau jantung, kemandulan, kandungan ektopik, keguguran serta peningkatan risiko HIV,” kata WHO. – Reuters

Tentera-tentera Allah

Di akhir zaman manusianya pandai-pandai belaka, 
mereka lupa bahawa Allah yang mengurniakan kepandaian itu,
tetapi terang-terangan mereka melupakan TuhanOrang yang melupakan Tuhan sebenarnya telah
menjadikan diri mereka ‘tuhan’
walau tidak dilafazkanMaka Tuhan sedang mengisytiharkan PERANG kepada manusia
yang pandai tetapi lupa Tuhan ini..
Tuhan hantarkan tentera ANGIN untuk memusnahkan
Tuhan hantar tentera AIR untuk merosakkan
Tuhan hantarkan tentera GEMPA untuk menghancurkan bangunan
Tuhan hantarkan tentera yang sangat HALUS yang dikatakan KUMAN
Tentera KUMAN ini lebih memusnahkan si lupa Tuhan

Tentera ini tidak memusnahkan bangunan
tetapi memusnahkan INSAN

Melalui tentera-tentera KUMAN ini
lahirlah penyakit-penyakit AIDs, SARs, diabetis, kanser, HFMD dan lain-lain..
yang menakutkan dan boleh mematikan…

Datang lagi tentera-tentera Tuhan
melalui BURUNG & UNGGAS 
‘Selsema burung’ namanya yang sangat menakutkan

Tuhan arahkan pula tentera NYAMUK untuk memusnahkan manusia
penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban..

Dimanakah kepandaian manusia hendak melawan Tuhan?
Dimanakah kekuasaan manusia hendak melawan kekuasaan Tuhan?

Tentera-tentera ini menyerang tidak mengenal bangsa…
Bangsa sekuat Amerika turut diserang..
tentera Tuhan yang ini mereka tak dapat melawan,

Tetapi manusia belum lagi insaf dan menyerah
mereka mencari berbagai-bagai jalan untuk mengatasi

Maka makin galaklah tentera Tuhan terus menyerang…
Dihantar berbagai-bagai jenis tentera yang tidak dapat dihalang…

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *