Trump tambah kemarahan orang awam susulan kes ‘Central Park Five’

Kongsikan kepada yang lain
Share

LOS ANGELES: Lima lelaki yang disabitkan secara salah merogol seorang wanita New York pada 1989 menuduh Presiden Donald Trump ‘memberi ganjaran untuk membunuh mereka’ ketika dokumentari Netflix menayangkan pengalaman pahit dialami mereka.

Kes ‘Central Park Five’ menyaksikan sekumpulan remaja, empat berkulit hitam dan seorang berdarah Hispanik, berusia 14 hingga 16 tahun, dituduh secara salah hampir membunuh seorang wanita kulit putih.

Ia menjadi tajuk utama berita 30 tahun lalu, mendedahkan ketegangan kaum di bandar raya itu.

Trump, hartawan hartanah ketika itu, menyemarakkan kemarahan orang ramai dengan membayar iklan penuh akhbar menuntut hukuman mati dikenakan ke atas mereka.

“Apabila Donald Trump membeli iklan penuh muka surat dalam akhbar di bandar raya New York menggesa kami dikenakan hukuman mati, beliau sebenarnya memberi ganjaran untuk kepala kami,” kata seorang daripada mereka, Yusef Salaam.

Nama, nombor telefon dan alamat tertuduh turut disiarkan akhbar ketika itu, katanya.

“Jika anda dapat bayangkan ketakutan itu. Mereka seolah-olah cuba mendapat seseorang daripada sisi paling gelap masyarakat supaya datang ke rumah kami, mengheret dan menggantung kami di pokok di Central Park,” katanya.

Walaupun ada keraguan dalam kes itu dan tiada padanan DNA dari lokasi jenayah, kelima-lima mereka disabitkan bersalah.

Mereka berada dalam penjara antara enam dan 13 tahun sebelum perogol bersiri mengaku menyerang Trisha Meili, 28.

Kisah itu menjadi subjek drama baru Netflix, ‘When They See Us’ yang diarahkan pengarah filem ‘Selma’, Ava DuVernay. — AFP

AM: Sidi Abu Khalid ada berkata, Trump ini elok jadi peresiden AS kerana dengan sebabnya, AS lagi cepat jatuh.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *