Op Selamat 15/2019: 189 kematian direkod dalam 11 hari

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUALA LUMPUR – Sejumlah 189 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh 11 hari Op Selamat 15/2019 yang dilancarkan bermula 29 Mei lalu sempena Aidilfitri.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Asmawati Ahmad berkata, sebanyak 18,053 kemalangan membabitkan 25,532 kenderaan dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

Katanya, Selangor merekodkan jumlah kemalangan paling tinggi dengan 4,715 kes, diikuti Johor (2,781), Kuala Lumpur (2,140), Perak (1,517), Pulau Pinang (1,465), Kedah (973), Pahang (886), Negeri Sembilan (868), Kelantan (704), Melaka (661), Terengganu (533), Sabah (374), Sarawak (358) dan Perlis (78).

“Selain itu, sebanyak 3,226 operasi dijalankan di seluruh negara dengan 241,144 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Bagi kes pecah rumah dan premis pula, 501 kes direkodkan dalam tempoh 11 hari Op Selamat di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, Selangor mencatatkan kes pecah rumah dan premis paling tinggi dengan 121 kes dan diikuti Sabah dengan 51 kes.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama dalam Op Selamat 15/2019 bermula 29 Mei hingga 12 Jun ini.

Enam kesalahan itu ialah memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *