Datuk Seri Akhil Bulat di GISBH Istanbul

Kongsikan kepada yang lain
Share


Rombongan keluarga Datuk Seri Akhil Bulat bersama 8 orang ahli keluarganya di hadapan Villa GISBH Istanbul.

‏Director of Special Branch, Malaysia Police, recognised for helping forge closer ties
SINGAPORE – The Pingat Jasa Gemilang (Meritorious Service Medal) has been conferred on Datuk Seri Akhil Bin Bulat, the director of Special Branch of the Malaysia Police, by President Tony Tan. The award was presented by Home Affairs Minister Teo Chee Hean on Thursday.
According to a statement by the Ministry, under Datuk Seri Akhil Bulat’s leadership, the relationship between the Malaysia Special Branch and Singapore’s Internal Security Department grew even closer.
The successful repatriation to Singapore of several Singaporean Jemaah Islamiyah and Moro Islamic Liberation Front members apprehended in Malaysia is a testament of his commitment to working closely with Singapore, especially against the terrorism threat.

Datuk Seri dah pencen sekarang.

AM: Ini cerita lama, 15 Ogos 2014. Saja letak supaya kenal siapa tu Tuan Akhil. Yang kenal, kenal la. Yang tak kenal, kena kenal. Hebatnya Tuan Akhil sampai dapat pengiktirafan dari Singapore. Mudah ke Singapore nak iktiraf, tak semudah itu, tapi itulah Tuan Akhil. Cuma dengan Al Arqam, ada pelbagai cerita, kita ambil yang terkini je la.

Berbual dengan Tuan Nasiruddin Mohd Ali di Villa.

Bila sampai di Villa GISBH Istanbul yang sangat esklusif, Tuan Akhil dah teruja lalu berkata; “Biar betul rumah macam istana!”. Bahkan ketika naik kenderaan Sprinter lagi yang setiap seatnya ada logo GISBH Datuk Seri dah teruja sangat, bila sampai di pintu masuk villa dan melihat susunan kasut dan selipar menghala ke luar tersusun rapi, Datuk Seri bersuara spontan, “Ooh kasut susun lagi ya? macam dulu ya!”.

Di anjung Villa menghala ke halaman belakang.

DS sangat memuji masakan kampung yang dihidang tetapi sedikit lambat untuk bangun makan dek kerana seronok bercerita macam-macam perkara kepada Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Ibu Azura Mohd Yusof, orang yang beliau ‘jaga’ semasa tahanan tetapi sekarang membina perniagaan bukan sahaja di Turki malah di Timur Tengah dan jantung Eropah.

“Kaya betul korang ni, ni aset berjuta-juta ni!” Komen DS bila terlihat Mercedes GL dan Range Rover milik GISBH seelok melangkah keluar villa.

Sempat sembahyang di villa. Tuan Akhil pun dah sampai villa GISBH Istanbul, korang bila lagi?

Datin Seri pula berkata kepada keluarga mereka, “Ekonomi ni menang GISBH lah, kalau nak belajar ekonomi, belajarlah dengan GISB. Mereka memang pakar ekonomi!” Berkali-kali Datin Seri ulangkan kepada rombongan 9 orang itu.

Teruja menonton video GIIBF, Kembara GISBH ke Balkan dan Kembara Europe – Morocco membuatkan mereka teruja sampai mereka rakam-rakam video itu. Malah mereka nak sama-sama sertai kembara GISBH yang akan datang. DS terperanjat kerana semua penggambaran dan edit video itu semuanya dari remaja GISBH, “Dahsyat ni, dah macam dokumentari, aku ingat korang upah orang!”

Melihat suasana kolam renang dan villa mereka menyatakan tempat itu cantik dan menenangkan.

Apabila mengetahui bilangan warga GISBH di Turki melebihi 100 orang, Datuk Seri berkata kepada Datin Seri, “Ko boleh beri makan 100 orang setiap hari? Mana boleh! Mana ada duit! Dahsyat korang ni!”

Banyak la yang dibualkan mereka seperti pertemuan keluarga. Anak-anak DS yang tak tahu menahu bertanya ayahnya, “Dah lama ke Ayah kenal Pak Nasir ni? “Dah lama! Dari sebelum dia orang beranak pinak. Puan Azura tu budak Universiti tu dulu!” Kata DS pada anak-anaknya.

Cerita-cerita politik dan perkembangan tanahair tak payah kongsi la sebab semua orang dah tau macam mana Malaysia. Cuma kena tau juga SB Malaysia ni adalah salah satu dari 10 SB terbaik di dunia, tak percaya? Terpulang la… nanti kita sambung lagi.


Statement by the Ministry di Singapore, puji dan iktiraf DS Akhil, di Istanbul, Turki; DS Akhil sendiri puji dan iktiraf GISBH. Tapi DS sendiri kata, orang Melayu ni dengki.
Wallahu a’lam.

Villa GISBH Madinah al Munawwarah
10.36am, Jun 11, 2019

  • akhil bulat (6)
  • dato seri akhil bulat (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *