Remaja GISBH di Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Rakyat Malaysia bersama YAB PM di UK

Kongsikan kepada yang lain
Share


Remaja GISBH Turki bersama Tun M

Alhamdulillah dengan keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasihNya, sebuah majlis hari raya aidilfitri rakyat Malaysia bersama YAB Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr. Mahathir Mohamed telah diadakan pada 16 Jun 2019 bersamaan 13 Syawal bertempat di Rumah Malaysia, London.


Remaja GISBH menyerahkan phamplet Restoran Nur Muhammad kepada Tun M.

Bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka Malaysia tersebut, Restoran Nur Muhammad London telah dipilih oleh pihak Kedutaan Malaysia untuk menyediakan khidmat katering. Menu yang menjadi pilihan ialah set nasi ayam madu untuk 300 orang tetamu dengan harga yang ditetapkan sebanyak £4 bersamaan RM20 bagi setiap orang.

Bersalaman dengan YAB Tun M.

Dengan keberkatan para kekasih Allah, wakil Restoran Nur Muhammad London telah tiba di Rumah Malaysia London yang terletak sekitar 30 minit daripada RNML pada pukul 12 tengah hari, serta dapat menyediakan hidangan makanan buffet sebelum pukul 1 tengah hari. Antara menu lain yang disediakan oleh pihak kedutaan ialah sate, roti canai dan pelbagai makanan citarasa Malaysia.

Nasi Ayam Nur Muhammad

Alhamdulillah, Nasi Ayam Madu yang disediakan oleh Restoran Nur Muhammad London telah habis seawal pukul 2 petang. Kebanyakan tetamu yang hadir memuji keenakkan makanan yang dihidangkan dan memberi respon yang positif apabila mengetahui keberadaan GISBH di London melalui phamplet yang disediakan. Ramai yang berhasrat untuk datang makan di Restoran Nur Muhammad London.

Majlis yang bermula jam 12 tengah hari dan berakhir kira-kira jam 4 petang itu telah dihadiri sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan isteri sebagai tetamu VVIP. Anggaran tetamu yang hadir ialah hampir seramai 1000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa termasuk warga tempatan sendiri.

Berbekalkan takwa dan keberkatan kesinambungan perjuangan lebih 51 tahun, GISBH telah berada di Kota London yang menjadi kebanggaan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Atas keberkatan dan panduan YBhg PZTE Tuan Nasiruddin Mohd Ali, sebelum YAB PM pulang, wakil RNML sempat bersalaman dan menghulurkan phamplet RNML serta menjemput YAB PM untuk datang ke RNML. Respon sepontan beliau ‘InshaAllah akan datang ‘, katanya.. Kemudian beliau terus menyimpan phamplet tersebut ke dalam poketnya.

Moga-moga dengan sebesar-besar keberkatan, GİSBH melalui RNML ini dapatlah terus menghiburkan hati-hati setiap tetamu dengan menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

…………… …………….. ……………

LONDON: Beratus-ratus tetamu hari ini memeriahkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang diadakan di kediaman Pesuruhjaya Tinggi di Templewood Gardens, di sini.

Kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sedang melakukan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom (UK), menambah seri kepada majlis berkenaan.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan Syed Sadiq Abdul Rahman. Hadir sama, anak perempuan Dr Mahathir, Marina.

Jemputan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan warga asing, diraikan dengan sajian Malaysia antaranya sate, ketupat, lemang, nasi ayam, kuih-muih hari raya dan teh tarik.

Mereka tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Dr Mahathir dan merakam gambar sebelum Perdana Menteri berlepas ke Cambridge untuk menyampaikan ceramah kepada Cambridge Union.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di UK, Datuk Mohamad Sadik Kethergany memberitahu media Malaysia kira-kira 3,000 tetamu dijangka berkunjung ke majlis itu hari ini.

Dr Mahathir, ketika mengalu-alukan kedatangan tetamu itu, berkata beliau terkejut apabila melihat begitu ramai rakyat Malaysia yang tinggal di London.

“Ayuh rakyat Malaysia, pulanglah ke tanah air dan bantu kami membina semula Malaysia,” katanya kepada tetamu yang kelihatan ingin benar untuk bertemu beliau.

Sementara itu, Qaisy Jaslenda yang bekerja sebagai arkitek di London sejak lebih tiga tahun lalu, berkata majlis sambutan rumah terbuka itu membantu menyemarakkan semula semangat rakyat Malaysia.

Qaisy yang berasal dari Shah Alam berkata beliau bangga menjadi rakyat Malaysia.

“Orang ramai yang melihat saya berjalan ke sini dengan berbaju Melayu dan berkain samping berkata saya kelihatan hebat,” katanya yang bangga dengan warisan Malaysia itu.

Balqis Azhar dari Gombak, Kuala Lumpur, seorang pelajar undang-undang tahun tiga di Queen Mary University of London berkata majlis itu memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bertemu dan menjalin atau mempereratkan semula tali persahabatan.

Qaisy dan Balqis berkata suasana di majlis itu “bagaikan berada di tanah air meskipun kami jauh di perantauan”.

Wai Lum, pelajar lepasan ijazah di Birkbeck, Univerity of London, berkata beliau amat menyukai suasana seperti di Malaysia yang dapat dirasai pada majlis itu.

Pemuda dari Kuala Lumpur itu mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang perakaunan dan kewangan. – BERNAMA

  • pm ke uk gisb (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *