Sendayan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Jam 5.20 PM, anjang sampai ke Century Park Hotel, Jakarta. Tak jauh dari Senayan City. Bukan Sendayan, baca elok-elok, Senayan City. Hajat di hati nak tengok Indonesia Halal Expo 2019.

Terlanjur sebut Sendayan, teringin nak tau, apa erti di sebalik nama Sendayan. Nama tu penting. Ada orang kata, apa ada pada nama? Buh la apa pun! Sedangkan nama sangat penting. Ia merupakan doa. Orang dipanggil dengan namanya, ia sebuah doa.

Apa itu Sendayan?

Ini rupanya Sendayan

Sendayan adalah sejenis tumbuhan rumpai yang tidak dikehendaki.

Beberapa fakta tentang Sendayan:

Akar Sendayan akar serabut. Memang serabut.

1. Pokok sendayan merupakan tumbuhan rumpai yang sering terdapat di kawasan kebun sama ada dusun buah-buahan, kebun getah atau kebun kelapa sawit.

3. Pokok sendayan adalah tumbuhan yang tidak dikehendaki dan perlu dihapuskan sebelum berbunga kerana ia amat mudah membiak dan merebak ke keseluruhan kawasan kebun.

4. Pokok sendayan juga tidak diserang oleh makhluk perosak.

5. Daunnya juga tajam berwarna hijau dan boleh melukakan kulit tangan atau kaki jika tergesel.

6. Sendayan apabila tidak dikawal akan menggunakan ruang dan baja untuk tanaman (getah, sawit dll) dengan cepat.

7. Di kawasan pokok getah yang ditumbuhi sendayan menyukarkan penoreh untuk melalui barisan antara pokok kerana semak dan mampu menlukakan penoreh jika tidak pakaian pelindung seperti sarung kaki dan kasut serta lengan panjang.

8. Binatang liar juga bersembunyi di dalam sendayan seperti biawak, ular dan burung-burung.

9. Binatang ternakan seperti lembu, kambing dan bebiri juga tidak mahu makan sendayan jika berada di kawasan tersebut. Mungkin daun sendayan mengandungi racun atau bahan kimia yang akan meyakitkan perut ternakan.

10. Lazimnya petani tradisional menebas sendayan dengan parang panjang dan dikumpulkan kemudian perdunya dikorek dengan cangkul atau tajak. Kumpulkan dan bila kering musnahkan dengan membakar. Kaedah ini dapat melambatkan pertumbuhan berikutnya. Sila rujuk semua fakta di atas di link di bawah:

http://animhosnan.blogspot.com/2010/08/sendayan.html?m=1

Tambahan fakta:

1. Pokok sendayan adalah tumbuhan yang tidak dikehendaki dan perlu dihapuskan sebelum berbunga kerana ia amat mudah membiak dan merebak ke keseluruhan kawasan kebun.

2. Pokok sendayan juga tidak diserang oleh makhluk perosak.

3. Pokok sendayan mempunyai daun yang agak keras dan tajam. Ia boleh melukakan tangan atau kaki apabila tersentuh. Sebab itu ia tidak sesuai dicabut dengan menggunakan tangan kerana boleh melukakan.

4. Pokok sendayan tidak mempunyai khasiat perubatan.

5. Ia juga tidak sesuai dijadikan makanan ternakan ruminan.

6. Pokok sendayan perlu dihapuskan kerana ia akan menggunakan nutrien yang diperlukan oleh tanaman. Rujukan:

http://warisanpetani.blogspot.com/2016/03/pokok-sendayan.html?m=1

Tuhan tak jadikan sesuatu itu sia-sia. Sifat-sifat dan wataknya hampir sama cuma adakah ia memang dalam jadual juga? Penulis yang mengkaji mengatakan, ia tidak dikehendaki dan perlu dihapuskan. Banyak sebab yang disenaraikan antaranya:

1. Melukakan@menyakitkan. Kerja dia menyakitkan je. Untuk mengambil pengajaran dan mudah memahami, kalau Sendayan itu manusia; kerjanya mengataaaa je, berdengkiiiii je, ugut-ugutttt je. Mengumpattt je. Menghasutttt je. Batu api. Memecah belah. Nampak dari jauh macam baik, hijau, rimbun tapi melukakan. Manfaat tak ada. Nampak berjubah, berkupiah, berjanggut, berjambang, tangan bertasbih tapi hati bukan cintakan Allah dan sayang sesama manusia, hati masih cinta team bola Arsenal, MU dll. Mulut dan tulisan menyakitkan orang, itu contoh. Untuk dekatkan kefahaman. Tak ada kena mengena dengan yang masih hidup atau nak mati. Kata penulis, sebab tu perlu dihapuskan.

2. Segala baja dan nutrien yang boleh suburkan tanaman, dia yang sedut, dia yang ambil. Umpama atas susah payah orang lain buat Islam yang cantik dan indah, dia pula yang nak untung. Mengaku sana tu projek kami, di Rawang tu cawangan kami. Di Haramain pun kami ada. Yang peliknya, dalam masa yang sama mengatakan semua kemajuan itu istidraj, syaitan kabir, munafik, bla… bla… bla. Berhadapan dengan orang yang tak tau menahu, mengaku projek Islam 5-7 bintang itu projek mereka. Hati kecil mengaku keindahan Islam yang PH buat. Dalam masa yang sama, akibat tak mampu kawal dengki di hati, mulut mengata-ngata, semua ini istidraj. Sendayan, sendayan sangat mengambil baja dan nutrien. Berkepentingan dan mengambil kesempatan.

3. Tidak mempunyai khasiat perubatan. Kalau sendayan ni manusia la, kita tak dapat rawatan lahir dan roh dari dia. Patut jumpa bertambah iman, takwa, kasih sayang, ukhuwah itulah ubat. Tapi jumpa je, mulalah ‘spill the tea’, umpat, mengata, fitnah, gossip, sindir. Macam tu la, dah 7 tahun. Masih tak berubah-ubah. Pastu mengata orang tak berubah, pelik. Tuan Akhil pun dah datang tengok perubahan yang dahsyat tapi dasar tetap dipertahankan. Tapi kalau tak berkembang dalam hati pula simpan penyakit, sampai bila pun tak akan tahu.

4. Binatang-binatang liar banyak bersembunyi di bawahnya seperti ular dan biawak, babi pun boleh jadikan port mereka. Maksudnya yang membelit, yang mematuk, yang mencakar, yang menyondol semua ada di rimbunan Sendayan. Dah semak, semua kejahatan berkumpul.

Tentu ada hikmah besar yang Allah lakukan semua ini. Itupun kalau nak kembali pada Allah.

Halal Indonesia Expo 2019

Jakarta Convention Centre, Senayan

10.36am, Jun 29, 2019

Berbuatlah untuk Islam, bukan bercakap je, apa lagi mengata orang. Jangan jadi Sendayan.

Suasana di Booth GISBH di Halal Indonesia Expo 2019

  • apa itu sendayan (2)
  • Anjang blog (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *