Jelajah Bumi Asia Tengah Liputan RPU

Kongsikan kepada yang lain
Share
Khurasan diteroka semula oleh pemimpin-pemimpin yang setia bersama mursyid dengan barisan remaja pelapis perjuangan
Dari Samarqand, nak ke Tashkent, singgah makan tengahari.
Tanpal stiker pada kenderaan. Peserta seramai 13 orang termasuk seorang warga Uzbekistan dengan tiga buah kenderaan Land Cruiser, Prado dan Hilux

Di depan Villa GISBH sebelum bergerak
Rombongan diketuai oleh Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat GISBH, Tuan Nasiruddin Mohd Ali
Depan Makam Amir Timurlane yang terkenal.
Jiran lalu depan villa dan Ibu Azura ingin bergambar dengannya kerana menurutnya dulu Abuya ke Uzbek bergambar dengan orang-orang begini. Mereka yang kuat mempertahankan Islam walau dicengkam kuasa Komunis.
Tuan Nasir dibantu oleh Ibu Azura dalam kembara kali ini
Berdakwah dengan bermesra dengan masyarakat tempatan ketika membeli jualan mereka
Ada apricot, peach dan plum. Harganya dalam RM2.50/kg
Sembahyang berjemaah sentiasa dijaga sepanjang perjalanan. Ia adalah kekuatan para pejuang dan syiar serta contoh kepada masyarakat.

Solat di sempadan Uzbekistan-Tajikistan
Belakang pagar yang ada pondok itu Tajikistan

Ibu Zura sedang menghidang air yang orang tempatan panggil ‘Kamput’ macam ceri.
Di depan makam Imam Al Bokhari. Ulama Hadis terkenal.

Bersarapan dì Tashkent
Megalas perut dalam permusafiran
Selain sembahyang berjemaah, makan berjemaah adalah Sunnah Rasulullah SAW yang sangat penting untuk menambah kasih sayang. Sekaligus ia menjadi syiar dalam berdakwah, lebih-lebih lagi bila doa dibaca demgan kuat dan makan dengan tertib tanpa pembaziran

Di makam Syeikh Zainuddin Baba, salah seorang Syeikh Tarekat Naqsyabandiah. Beliau ketika hayatnya tidak makan daging. Antara karamahnya ialah, ada orang yang mendengkinya meletakkan daging kucing di dalam hidangan, di bawah nasi yang dihidang kepadanya. Tiba-tiba ketika dihidang, Allah jadikan kucing itu hidup semula dan melompat keluar dari nasi tersebut.
Untuk berdakwah kena perlihatkan kenderaan yang canggih kepada masarakat. Di samping ia membantu kelancaran perjalanan, ia menambah keyakinan masyarakat dengan kewibawaan Islam.

Syeikh Zainuddin Baba juga merupakan ahli astronomi. Di makamnya terdapat kesan-kesan kajian beliau berkaitan astronomi berkaitan bintang, taqwim dan lain-lain. Dalam Islam, seorang pakar agama itu tidak jumud, hanya mengetahui satu bidang sahaja. Akhirnya tidak yakin yang Umat Islam mampu memiliki Kilang makanan Islam dan produk-produk Islam dan seumpamanya. Mereka menilai Islam itu jumud seperti yang mereka yakini.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *