Perkhidmatan Facebook, Instagram, Whatsapp terganggu

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUALA LUMPUR 3 Julai – Perkhidmatan laman sosial Facebook, Instagram dan Whatsapp dilaporkan terganggu di seluruh dunia.

Memetik laporan Dail Mail UK, ketiga-tiga platform media sosial milik Facebook itu menerima laporan gangguan perkhidmatan yang sangat banyak sepanjang hari ini.

“Pengguna di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Eropah nampaknya menerima gangguan terburuk.

“Laporan turut diterima dari seluruh dunia, termasuk Australia, Brazil, Colombia, Jepun, Mexico, Filipina, Rusia, Singapura, Afrika Selatan dan Uruguay,” kata portal itu hari ini.

Menurut portal itu lagi, pengguna Instagram membuat laporan tentang suapan berita, aplikasi ‘story’ dan memuat kandungan.

Bagi pengguna Facebook pula, mereka mempunyai masalah untuk log masuk dan mengakses berita serta memuat naik atau melihat gambar.

“Whatsapp bermasalah menerima atau menghantar pesanan, termasuk juga sambungan yang lemah dan beberapa pengguna tidak boleh log masuk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

AM: Kalau Telegram tak ada problem, kita berhubung melalui telegram la lepas ni. Dah berabuk telegram AM… Kesian dia.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Perkhidmatan Facebook, Instagram, Whatsapp terganggu

  • July 5, 2019 at 10:36 pm
    Permalink

    Telegram jugak lagi best. Gambar pun tak compressed..tp x ramai gune… Huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *