Adik bunuh abang, bungkus dalam plastik

Kongsikan kepada yang lain
Share

TAIPING – Gara-gara telefon bimbit, seorang remaja perempuan bersama teman lelakinya sanggup membunuh abang sendiri, membungkusnya sebelum meletakkan mayat mangsa di belakang sebuah rumah kosong dalam kejadian di Taman Glenview, Kamunting di sini hari ini.

Mayat mangsa, 16, ditemui dua hari selepas dilaporkan hilang oleh keluarga mangsa.

Mangsa dipercayai dibunuh adik perempuannya berusia 14 dan teman lelaki berusia 15 tahun di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, lebih kurang jam 12.18 tengah hari, pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa mengatakan ada penemuan mayat mangsa di luar belakang sebuah rumah di lokasi kejadian.

Menurutnya, mayat ditemui dalam bungkusan plastik itu kemudiannya disahkan ahli keluarga sebagai mangsa dilaporkan hilang pada 5 Julai lalu.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai dibunuh adik perempuan dan teman lelakinya di rumah mangsa susulan kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa.

“Motif pembunuhan mungkin berpunca daripada pergaduhan mangsa dengan teman lelaki suspek sewaktu hendak mengambil telefon yang tertinggal di rumah itu pada 5 Julai lalu,” katanya kepada media di sini hari ini.

Adik perempuan mangsa yang merupakan suspek kejadian bunuh bersama teman lelakinya ditahan polis di rumah mangsa di Taman Glenview, Kamunting, Taiping petang tadi.

Osman berkata, siasatan polis turut mendapati pada hari dilaporkan mangsa hilang, mangsa dipercayai baru pulang dari sekolah sebelum mendapati adik perempuannya membawa rakan-rakan termasuk teman lelaki ke rumah.

Menurutnya, semua rakan-rakan adik suspek termasuk teman lelakinya difahamkan beredar sebaik mengetahui mangsa pulang dari sekolah.

“Namun, teman lelaki suspek dipercayai tertinggal telefon bimbit dan apabila dia cuba menghubunginya semula, panggilan diangkat mangsa.

“Mangsa mencabar teman lelaki suspek supaya datang ke rumah untuk mendapatkan kembali telefonnya dan susulan itu satu pergaduhan berlaku sewaktu teman lelaki suspek kembali ke rumah mangsa.

“Mengikut keterangan kedua-dua suspek, mereka dipercayai mengelar leher mangsa dan kedua pergelangan tangan mangsa dengan pisau sebelum menyerkup kepala mangsa dengan plastik untuk membunuhnya,” katanya.

Osman berkata, siasatan unit forensik polis menemui pisau yang digunakan suspek dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Menurutnya, kedua-dua suspek kemudiannya ditahan polis di rumah mereka pada jam 4.25 petang untuk siasatan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit: Sinar Harian

AM: Moga Allah taubatkan kita semua atas jenayah dan kerosakan yang berlaku di tengah masyarakat sekarang. Sudah tentu ada saham kita bersama hingga Allah lakukan sesuatu yang sangat dahsyat. Remaja seawal umur 14 dan 15 tahun dah pandai membunuh.

Ada yang memberi komen, cara pembunuhan itu seperti dalam filem. Dari mana mereka belajar kalau bukan dari pengaruh filem? Baru-baru ini murid tahun 6 merogol budak 4 tahun, kesan menonton filem lucah. Hari ini, berita pembunuhan yang menyedihkan pula kita kena hadap dan tatap di media sosial.

Apakah masyarakat sudah tiada hati nurani, sanggup mendengar, membaca dan menonton kes-kes berat seperti ini tanpa rasa bersalah? Kita masih sanggup hidangkan anak-anak kita dan para remaja dengan segala bahan yang merosakkan pemikiran dan perasaan mereka. Menghakis iman di hati mereka.

Iman yang sudah sedia nipis, tak di tambah tapi di hancur dan musnahkan dengan filem-filem lucah, ganas, jenayah terancang dan hiburan yang tiada hubungan dengan Allah dan Rasul-Nya.

Segala filem dan hiburan itu sangat mudah diperolehi, hanya di telefon bimbit sahaja. Marilah beralih ke hiburan cara Islam. Hp ni remaja tidak dibenarkan menggunakannya kecuali mereka yang terbukti boleh mengawal diri:

وَقَلِيلٌ مَّا هُمْ ۗ

sedang mereka amatlah sedikit!”

As Sood: 24

Kalau memang keperluan untuk berhubung, beri mereka hp yang hanya untuk call dan sms. Bukan smart phone. Semua ini telah kami buat di GISBH. Ia bukan cerita kosong.

Atas didikan yang tidak putus-putus agar takutkan Tuhan, rindukan Nabi serta Taatkan pemimpin disertakan kawalan, pemantauan dan tindakan disiplin bila perlu, ianya terkawal di GISBH.

Hiburan pula boleh diperolehi secara berjemaah di www.ikhwantv.com.

Moga segala usaha-usaha semua orang untuk menjadi peribadi yang bertakwa akan memberi kesan positif di dalam masyarakat dan mendatangkan berkat dan rahmat dari langit dan bumi buat semua penduduk.

Aamiin Ya Allah.

Pejabat GITT Utara

10.55AM, Julai 8, 2019

  • kemunting taiping kes baru (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *