Kes Rahmat di Mahkamah Tinggi KL

Kongsikan kepada yang lain
Share

GISBH telah memberi peluang kepada Rahmat untuk selesaikan kes di luar mahkamah dengan syarat dia mengaku salah dan meminta maaf secara terbuka atas segala fitnah dan kejian yang dia lemparkan kepada pemimpin GISBH. Rahmat enggan meminta maaf secara umum tetapi meminta permohonan maaf hanya dengan beberapa orang. GISBH tidak setuju kerana ia tidak adil memandangkan Rahmat sendiri memulakan ‘serangan’ terhadap kepimpinan GISBH secara terbuka di FB dan dibaca oleh ribuan orang, mengapa ketika permohonan maaf nak buat secara tertutup? Maka kes diteruskan.

Beberapa firma guaman menolak untuk membela Rahmat termasuk satu firma guaman yang merupakan ‘Top 5’ firma guaman di Malaysia. Tidak diketahui sebab apa tiada firma guaman yang sanggup membela Rahmat. Dipercayai ianya berkemungkinan salah satu dari dua sebab:

1. Ketidakmampuan Rahmat membayar kos guaman.

2. Peluang untuk memenangi kes ini 0%.

Maka Rahmat sendiri atau team yang bersamanya tahu kedudukan kesnya tapi masih enggan merendah diri malah meggelar GISBH sebagai ARG dan berkempen agar bekas Arqam datang ke Mahkamah Tinggi KL untuk memberi sokongan kepadanya menentang GISBH di mahkamah. Sekali lagi Rahmat menambah kesalahan bila sesuka hati mengelar GISBH sebagai ARG.

Maka pada pagi 15hb Julai 2019, wakil-wakil GISBH telah hadir memenuhi ruang legar mahkamah tinggi. Para Ahli Lembaga Penasihat GISBH seperti Tuan Dato’ CEO, COO, pengarah-pengarah, para remaja telah datang beramai-ramai hingga bukan sedikit yang bertanya kepada mereka, ada kes apa? Kami saman seseorang. Ramai staf GISBH yang bersongkok dan baju Ikhwan membuatkan ramai tertanya-tanya kerana ia lebih ramai dari mereka yang mengikuti kes ‘Bossku’ yang juga berlaku hari itu.

Kes dikatakan bermula jam 9.00am, orang GISBH telah sampai seawal 8.00am. Setelah lama menunggu, kami mendapat info mahkamah akan bermula jam 10.00 am. Maka belegar-legarlah para Ikhwan di lobi mahkamah, di kantin, di ruang luar dan lain-lain. Apabila hampir jam 10, masing-masing mula memasuki bilik prosiding iaitu di tingkt 3, sayap kiri, bilik NCVC 1.

Ketika AM masuk dah ada beberapa orang di bangku-bangku yang disediakan. Ruangnya tak terlalu besar.

Terdapat 4 baris bangku panjang untuk orang awam menyertai perbicaraan. Setiap baris mempunyai 3 buah bangku kayu yang boleh diduduki seramai 4 orang. Anjang duduk belakang sekali supaya nampak semua orang. 4 baris bangku ini kedudukannya menaik seperti di panggung, memudahkan orang di belakang melihat ke hadapan.

Setelah lama menunggu, jam 12, Rahmat dan 2 peguambela bagi pihak GISBH dipanggil masuk kamar Hakim. Menurut para peguam, bila masuk, Hakim (kelihatan seorang muslim yang baik) menasihati Rahmat agar selesaikan dengan cara yang baik. “Kita orang Islam, selesaikanlah dengan cara yang baik. Benda yang tak baik, boleh jadi fitnah. Kalau dah memang fitnah, buat apa diteruskan, berundinglah. Ini kalau teruskan saman, kamu kena berjuta ni. Ini bukan syarikat biasa. Syarikat International. Kamu tak ada peguam, kamu akan susah.”

Kata Rahmat pada Hakim, “Nanti saya bincang dengan kawan-kawan.” Kata Hakim, “Kamu yang dinamakan, bukan kawan-kawan kamu!” Jadi Hakim minta adakan perbincangan di Pusat Mediasi Mahkamah Kuala Lumpur untuk dapatkan tarikh dan hakim Pusat Mediasi untuk perbincangan dua pihak. Oleh kerana para ALP akan keluar negara pada 26hb Julai, pihak GISBH meminta tarikh sebelum itu.

Tetapi kalau Rahmat setuju selesai di luar dengan syarat-syarat kita, tak perlu Hakim Pusat Mediasi. Tapi kalau masih tidak setuju dan tidak selesai pula di Pusat Mediasi, prosiding akan diteruskan dan Peguambela kita akan lawan di mahkamah.

Anjang nampak muka Rahmat yang macam ceria tadi, ketika keluar dari dah kelihatan cuak. Dah la tiada firma guaman untuk membela. Orang yang dikempen tak datang. Ada la beberapa orang. Kebanyakkannya anak-anak murid Dr Mahmod. Bekas Arqam nampak la Mahmod Eskom, Al, Jannah dan beberapa kerat. Patutnya Rahmat kena terus terang nyatakan apa nasihat hakim dalam kamar Hakim. Tapi tak tau la dia sampaikan tak pada team dia khasnya Dr Mahmod. Yang menambah masalah, bila Rahmat kata nak bincang dengan kawan-kawan. Hakim dapat detact yang Rahmat mempunyai kumpulan yang sama-sama nak jatuhkan sebuah syarikat Islam bertaraf antarabangsa berasal dari Malaysia, GISBH. Kalau Rahmat mengatakan dia hanya menterjemahkan kata-kata Dr Mahmod, ia akan mengheret Dr Mahmod pula ke mahkamah.

Selepas team peguambela keluar dari kamar Hakim, para team GISBH ramai-ramai ke Pusat Mediasi mengiringi TD CEO dan peguambela untuk mengambil tarikh, YH Dato’ Lokman Hakim menurunkan tandatangan. Rahmat pun datang dengan Mahmod Eskom untuk tandatangan. Kelihatan Al pegang-pegang dan usap-usap tangan Dato’ Lokman. YH Dato’ menyantuni semua orang seperti biasa tetapi beliau tetap tegas berkata kita nak Rahmat tarik balik semua tuduhan yang dia buat dan istiharkan pada umum seperti yang dia lakukan fitnah dan tersebar secara umum dan semua keputusan kena berurusan dengan peguam kami.

Apa yang Rahmat tuduh sangat berat hukumannya dunia dan akhirat bagi dirinya dan mereka yang mempercayai serta menyebarkannya. Mahmod Eskom dan Al tentu lebih kenal siapa Tuan Rasidi, siapa Tuan Lokman, siapa Tuan Nasir lebih dari Rahmat dan Dr Mahmod, sepatutnya menjelaskan pada Rahmat dan Dr Mahmod. Cuba lihat senarai tuduhan Rahmat yang tak masuk akal di sini. Kebanyakkan melibatkan dosa-dosa besar dan malah ada yang boleh dihukum Qazaf dan Taazir. Ini peluang bagi Rahmat untuk memohon maaf di dunia. Begitu juga semua yang terlibat.

Sebenarnya GISBH bukan nak saman dia sangat. Banyak kerja lain. Tetapi perbuatan merosakkan nama baik sebuah Syarikat Islam sangat perlu dibetulkan. GISBH hanya mahu dia mengaku salah. Tarik balik semuanya. Mengaku ianya adalah fitnah. Jika dia enggan, GISBH akan teruskanlah saman. Ertinya dia degil. Di akhirat tidak akan lepas. Dosa Fitnah ini, hukuman di akhirat itu lebih besar. Tuduhan zina dan macam-macam di media sosial tidak mungkin hal seperti ini nak selesaikan di kedai kopi.

Moga Rahmat dan semua yang ringan mulut dan tangan memfitnah GISBH mengambil pengajaran dari kes ini. GISBH tidak akan teragak-agak menyaman mereka agar Islam yang cantik diamal sebagai cara hidup dalam GISBH terus berkembang dan menjadi model kepada semua Umat Islam kini.

Allahu Akbar!

PPI BCH

7.03 pm, Jul 15, 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *