Promosi Restoran GISBH di Australia dalam Chinese Magazine for Perth WA

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Bila Islam diperjuangkan secara tepat, ia bukan sahaja menarik hati umat Islam untuk menghayati Islam Sebagai Cara Hidup bahkan mereka yang bukan Islam pun terhibur dan mengiktirafnya kecuali si hasad dengki. Semua kebaikan jadi racun bagi mereka.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ : إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ، فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ. أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ.

Terjemahannya:

Dari Abu Hurairah RA berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu menjauhi sifat hasad, sesungguhnya sifat hasad memakan kebaikan seperti api memakan kayu api.

Jadi orang yang hasad ni, kita tak buat apa-apa pun mereka sakit, tak jentik pun mereka mengelupur. Doakanlah mereka seperti yang Tuan Nasir dan para pemimpin lakukan setiap hari tanpa jemu.

Baru-baru ini, Restoran GISBH di Australia mendapat promosi dari sebuah majalah berbahasa Cina untuk penduduk Australia di kalangan masyarakat Cina. Mujurlah ada saudara Azhar Chen yang membantu terjemahkan sebahagian darinya. Mari kita lihat kebesaran Allah, orang Cina di Australia sangat tersentuh hati dan selera mereka dengan makanan dan servis di Restoran GISBH. Allah yang buat. Maha Besar Allah. Orang Cina setahu anjang sangat selektif tentang makanan, lebih-lebih lagilah yang duduk di Australia. Itulah kebesaran Allah. Mereka tertawan dengan salah satu dari restoran GISBH di sana.

Mukasurat 18

Restoran / makanan menarik

Masakan tradisinal Melayu pedas dan sedap.

Restoran Love & Care telah beroperasi selama 20 tahun , menyediakan masakan tradisional Melayu, harga yang sangat berpatutan, semua golongan masyarakat mampu untuk membelinya.

Dengan reka bentuk restoran yang menarik dengan bertemakan warna putih dn hitam, anda bukan hanya dapat menikmati keenakan makanan, bahkan anda akan berasa tenang dan nyaman di sini.

Terutama pada hari Jumaat, satu-satunya Restoran yang memperkenalkan konsep “Pay as you wish” amat menggamit pelanggan-pelanggan dari golongan pertengahan dan para pelajar. Mungkin anda tidak percaya. Datanglah

sendiri dan ajaklah kenalan untuk merasai sendiri keunikan restoran ini.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *