Harimau sesat di Bukit Besi sudah kembali ke hutan

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUALA TERENGGANU – Dua ekor harimau yang tersesat hingga menggemparkan penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat Dungun hari ini dipercayai telah memasuki semula ke hutan berhampiran.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, pemerhatian kakitangan agensi itu berdasarkan kesan tapak kaki mendapati haiwan liar terbabit telah kembali ke habitatnya di hutan berhampiran kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

“Begitu pun, pemerhatian masih diteruskan bagi menghadapi kemungkinan dua haiwan terancam itu kembali keluar dari kawasan habitatnya pada masa terdekat.

“Berdasarkan rekod kami, ini kes pertama harimau dilaporkan tersesat masuk ke dalam perkampungan di kawasan Bukit Besi, Dungun pada tahun ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan penduduk Kampung Besol Lama, Bukit Besi gempar dengan kemunculan sepasang harimau yang dipercayai tersesat masuk ke perkampungan itu sejak pukul 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, Abdul Malek menegur tingkah laku segelintir penduduk yang terlalu ghairah merakam kelibat dua ekor harimau tersebut sehingga terlalu hampir dengan haiwan liar terbabit.

Beliau berkata, keselamatan diri perlu diutamakan dengan tidak cuba menghampiri

harimau terbabit kerana tabiat haiwan liar yang yang kelihatan jinak berkenaan sukar diramal.

“Saya harap orang awam agar memberi kerjasama kepada kakitangan Perhilitan kerana kita perlu sentiasa berwaspada tentang kemungkinan harimau terbabit bertukar agresif. – K! ONLINE

Kredit: Kosmo Online

AM: Kita manusia akhir zaman, berhadapan dengan harimau lebih kita rasa takut dari berhadapan dengan Allah kerana kita lebih kenal harimau dari Allah. Kalau kita kenallah siapa Allah yang sebenarnya, sudah tentu kita benar-benar takut dengan-Nya. Allah boleh buat apa sahaja pada kita.

Bilik 3, Homestay Ikhwan PPIBCH.

1.14am, Jul 19, 2019

  • harimau di bukit besi (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Harimau sesat di Bukit Besi sudah kembali ke hutan

  • July 18, 2019 at 9:49 pm
    Permalink

    Mata lahir nampak, terus terasa takut dgn rimau. Org buta lalu sebelah rimau tak terasa apa2. Kalau diberitahupun dia tak tahu nak buat apa dan nak lari kemana walaupun ada tongkat ditangannya.

    Begitu pula bila hati yg berperanan utk melihat Allah. Kalau hati celik, lihat alam ini pun dah terasa takutkan Allah. Tpi bila hati buta, dia tak akan terasa apa2 terhadap Allah. Andaikata adalah sesiapa yg menceritakan tentang Allah, atau dia sendiri ada ilmu ttg Allah tapi dia pun tak tahu nak buat bagaimana hatinya boleh dapat rasa hebat, gerun, bimbang dan takut kepada Allah.
    Di sinilah perlunya pemimpin atau mursyid yang memimpin hatinya utk lari kpd Allah….. Wallahuaklam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *