Majalah Ummati Online

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Tak semua orang berpeluang membaca majalah Ummati secara fizikal kerana banyak halangan. Cetakannya belum begitu banyak dan edaran yang sangat terhad menyebabkan ia tidak sampai ke tangan semua kita.

Beruntunglah bagi yang memperolehinya, kerana di dalamnya terdapat huraian-huraian ilmu hikmah dan panduan untuk mendidik hati dan roh agar semakin dekat dengan Allah dan Rasul, semakin kuat dengan kebenaran.

Di dalamnya juga terdapat perkembangan terkini perjuangan Islam masa kini yang bebas dari politik kepartian yang kerap bertukar matlamat dan menghalalkan cara juga jauh dari agenda militan dan keganasan yang hanya memburukkan nama baik Islam.

Yang ada selain ilmu dan didikan adalah peluang perniagaan penuh kasih sayang dan khidmat sesama insan demi memenuhi keperluan hidup dan sedikit keselesaan agar Islam tidak kelihatan miskin, jumud dan tidak berwibawa.

Demi memenuhi keperluan mereka yang tidak dapat membacanya secara hard copy, saudara/i boleh membacanya secara online. Itulah kasih sayang Allah kepada kita semua. Yang penting kita membacanya, memahaminya dan beramal serta memperjuangkan kebenaran di dalamnya.

Selamat membaca!

www.majalahummati.com

Villa GISBH Amman, Jordan.

3.03pm, Jul 21, 2019

 

 

 

  • majalahummati (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *