Pelancaran Bufet Berkat, Ikhwan Chicken Roast Putrajaya.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Keberkatan perlu dicari dalam hidup. Dari keberkatanlah semua kebaikan akan bertambah-tambah. Kalau perniagaan itu berkat; pelanggannya bertambah, yang membawa cerita baik dari mulut ke mulut pun bertambah, kalau restoran, makanannya bertambah sedap, harganya semakin berpatutan, layanannya bertambah mesra, hidangannya bertambah banyak pilihan dan bertambah menarik. Pendek kata, semua yang dikatakan kebaikan akan bertambah. Itulah berkat.

Ikhwan Chicken Roast dì Putrajaya tidak ketinggalan untuk menambah keberkatan khususnya di bulan haji begini dengan melancarkan Pakej Bufet Berkat. Apa hidangannya: Nasi Mandy Ayam, buah-buahan dan air kordial.

Klik Gambar untuk video

Bertambah-tambah berkat bila tanpa disangka-sangka Majlis Perasmian ini telah dihadiri oleh YBhg Dato’ Wira Dr Haji Ismail Ibrahim; Mantan Ketua Pengarah IKIM, beliau juga Mantan Duta Besar Malaysia ke Saudi dan Mantan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

Alhamdulillah, Dato’ tidak ada prejudis dengan GISBH. Pada beliau, GISBH sekarang tidak ada apa nak dipersoalkan berkaitan aqidah dan lain-lain, bahkan beliau menyokong usaha-usaha GISBH terjun memberi khidmat menyelesaikan tuntutan Fardhu Kifayah di tengah masyarakat.

Dato’ dan jemaah surau sudah mengetahui pertemuan Tun M dengan Tuan Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH dan Tuan Dato’ CEO di Istanbul dan Tun M dihadiahkan dengan kopiah Ikhwan kerana telah viral di media sosial.

Bila diceritakan latar belakang GISBH serta perkembangan terkini, Dario’ terkejut bila mengetahui yang bapa mentua Presiden Putin adalah seorang Muslim malah telah hadir ke majlis jamuan di Ikhwan Chicken Roast.

Dato’ yang memang kenalan lama kita malah pernah berkunjung ke Markaz Al Arqam Karachi bercerita kisah Al Arqam telah bertapak di Uzbekistan sejak lama dulu. Beliau ikut serta rombongan Tun Mahathir ke Uzbekistan (bersama Datuk Malek).

Apabila sampai ke Masjid Bukhara, Imam masjid tersebut memberitahu bahwa rombongan Tun Mahathir itu bukanlah orang Malaysia pertama yang datang ke Uzbekistan yang ketika itu baharu sahaja bebas dari cengkaman Soviet Union tetapi sebaliknya adalah Ustaz Ashaari Al Alrqam. Dato’ bercerita dalam keadaan merasa bangga dengan GISBH kerana Arqam sentiasa ada dalam pengetahuan dan ingatan beliau.

Dato’ yakin GISBH sudah berubah dan tidak perku hendak dipertikaikan lagi. Kalau ada hal yang bersifat khilafiah itu kena berlapang dada lah, menurut beliau. Katanya, Wahabi dan Syiah pun ada dalam masyarakat kita. Kena pandai tangani. Mazhab pun ada macam-macam. Kena saling meraikan. Beliau datang dengan jemaah surau Jumaat Al Manar, Putrajaya.

Alhamdulillah mereka semua menunjukan minat dengan perkembangan GISBH, terutama peranan remaja GISBH apabila En Waqi, seorang pimpinan RPU bercerita, mereka dihantar selama 8 bulan di Eropah dan Timur Tengah untuk menyiapkan Restoran GISBH.

Dato Dr Ismail sebut, orang sangat nak tahu perkembangan GISBH tapi maklumat tak ada. Moga-moga segala perkembangan yang berlaku dalam GISBH segera sampai ke tengah masyarakat dengan saling berkongsi maklumat sesama anggota masyarakat kerana GISBH sangat jarang mendapat liputan media arus perdana.

Di Majlis ini Dato’ Dr Ismail sudi merasmikan Pelancaran Bufet Jumaat Berkat Restoran Ikhwan Chicken Roast. Moga Allah memberkati seluruh yang sudi hadir ke majlis tersebut dari Surau Al Manar Presint 14, Surau Ar Rahman Persint 16 dan Surau Furqan Persint 11.

Imam Surau Al Furqan, Imam Syed Ahmad Syakur pula mempelawa GISBH mengisi program kuliah di suraunya mengenai Ekonomi Islam yang telah dilagangkan oleh GISBH.

Memang menjadi info bersama sejak perniagaan GISBH menjadi fenomena di Persint Diplomatik, dengan 2 buah kafe, roti canai sahaja 15-25kg pada hari biasa manakala hari Ahad mencapai 30-40kg, restoran-restoran mamak semakin kurang pelanggan. Malah seorang pemilik rangkaian restoran mamak pernah menawarkan kepada CEO GISBH agar membeli bangunan restorannya.

Lebih-lebih lagi GISBH sedang menambah sebuah restoran lagi (Ikhwan Delight) dan sebuah pasaraya selain sebuah klinik dan bakeri yang sedia ada di lokasi yang sama.

Restoran Ikhwan Delight sedang dalam proses renovate

Villa GISBH Mekah

11pm, Ogos 9, 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *