Poligami Ikhwan di GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,

En Zai Australia ada kongsikan link tentang perkahwinan poligami yang mendapat liputan akhbar dari Indonesia. Walaupun cerita lama, ia kelihatan relevan bila sampai berita perkahwinan poligami viral. Dalam video poligami viral itu, isteri pertama dan suami menceritakan bahawa mereka ingin mencontohi poligami di dalam GISBH. Moga-moga kehidupan berpoligami yang GISBH laksanakan benar-benar menjadi contoh kepada seluruh masyarakat Islam.

Bukan senang untuk buatkan isteri-isteri saling berbaik-baik macam adik-beradik, saling mendoakan, bekerjasama dan bela-membela. Bukan senang juga untuk anak-anak sangat taat dan menghiburkan ibu bapa, dapat berkasih sayang sesama mereka, sefahaman, rasa bersama dan bekerjasama.

Demikian juga bila sampai masanya akan ada kehadiran menantu-menantu dan cucu-cucu yang begitu ramai. Bukan senang untuk diikat. Tapi alhamdulillah, berkat didikan para pemimpin dalam GISBH ia berjaya dilakukan. Apakah rahsia Ustaz Ashaari, Pengasas GISBH, para pemimpin dan staf-staf GISBH mampu melepasi halangan getir ini? Itulah yang sangat ditanyakan orang ramai…

Villa GISBH Mekah

9.34am, Ogos 9, 2019

Klik Gambar untuk berita

Atau klik di sini.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *