Di Bawah Lindungan Kaabah 9hb Zulhijjah 1440H

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Salam Aidil Adha Al Mubarak kepada semua pembaca AM. Moga Raya Korban tahun ini meriah di hati kita dan kita buktikan dengan pengorbanan perasaan, masa, fikiran, harta benda dan jiwa raga. Jika ada kemampuan, korbankanlah ternakan. Jika ada lagi kemampuan, datanglah ke Mekah menjadi tetamu Allah.

Para tetamu Allah sejak malam tadi telah bergerak ke Arafah untuk melaksanakan rukun haji yang paling utama iaitu wuquf. Wuquf itu bermaksud berhenti dan berada di bumi Arafah sebentar atau seketika (sekalipun satu saat dalam apa juga keadaan).

Masanya bermula dari tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur/waktu di Arab Saudi) hari ke 9 Zulhijjah sehingga seketika sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh/waktu Arab Saudi) pada hari ke 10 Zulhijjah. 

Walaupun begitu, waktu afdalnya adalah berwuquf sebahagian dari siang hari 9 Zulhijjah dan sebahagian dari malam 10 Zulhijjah.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada hari yang lebih disukai Allah dalam melaksanakan amalan soleh daripada hari-hari ini, iaitu 10 hari pada Zulhijah.”

Pada pagi 9 Zulhijjah, para ALP GISBH mengambil kesempatan menziarahi Masjidil Haram kerana pada hari ini seperti tahun-tahun yang terdahulu akan ada program tahunan iaitu penggantian kain kiswah Kaabah. Ketika hampir sembahyang Subuh di Villa GISBH, Anjang dapat berita kain kiswah Kaabah sedang ditukar. Ertinya program berubah tahun ini. Ia dibuat lebih awal.

Ketika kami sampai, kiswah baru telah sedia dipasang dan sedang dikemaskan dengan ikatan-ikatan di penjurunya.

Klik Gambar untuk video

Sila klik gambar

Memasuki Masjidil Haram. Minum Air Zam-Zam. Sunnah minum air Zam-Zam ini berdiri menghadap kiblat dan berniat apa-apa hajat kita.
Kiswa adalah kain penutup Kaabah yang dibuat dari sutera dan kapas, disulami ayat-ayat Quran.
Kain kiswah sebenarnya seluas 658 meter persegi! (Atau satu setengah kali padang bola keranjang). Kainnya pula diperbuat dari sutera dan seberat 670 kilogram.
Ianya cukup untuk menutupi struktur setinggi kira-kira 15 meter dan 35 hingga 40 kaki panjang. Kain sutera tersebut diimport dari Itali.
Secara terperinci, 47 helai kain digunakan untuk membuat kiswah, dan setiap helai berukuran 14 meter panjang kali 105 sentimeter lebar.
Sulamannya pula menggunakan benang-benang emas dan perak yang seberat 150 kilogram. Benang-benang perak dan emas itu diimport dari Jerman.
Raja Salman mengarahkan supaya semua mesin, yang diperkenalkan sekitar 30 tahun lalu supaya proses menyiapkan kiswah itu lebih automatik, digantikan dengan yang baru menjelang tahun depan.
Kiswah dibuat di Mesir sehingga tahun 1962. Dulu, terdapat kiswah berwarna merah, hijau atau putih, namun sekarang hanya warna hitam dengan sulaman emas digunakan.
Pada akhir musim haji, kiswah yang sudah digunakan digunting-gunting dan cebisannya diagihkan kepada orang-orang kenamaan dan pertubuhan-pertubuhan agama. Para penerima menganggap cebisan kiswah itu sebagai harta pusaka. Bagi pencinta Allah dan Rasul menyimpannya untuk mengambil keberkatan.

Seorang lelaki dari India bersalaman dengan YBM Tuan Nik Hazani

Seorang lelaki dari India meminta bergambar dengan rombongan GISB.

YH Dato’ CEO, YBM Tuan PE dan YBM Tuan PLP GISBH di hadapan Kaabah Al Musyarrafah

Tujuh dari sepuluh orang ALP GISBH yang berada di Mekah sekarang.

Villa GISBH Mekah

5.13pm, Ogos 10, 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *