Penginapan di Aziziah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Penginapan kami di Aziziah tidak jauh dari kawasan melontar jamrah.

Kawasan ini kira macam perkampungan jemaah untuk melontar dan mabit di Mina. Pukul berapa kita keluar waktu malam atau awal pagi, orang tetap ramai.

Untuk memastikan grup haji dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna, team Muasassah Global Ikhwan dan RPU membantu di semua sudut.

Pengangkutan, memasak, makan minum, include sarapan, makan tengahari, makan malam, kudapan ketika mabit atau dalam kenderaan dengan serve, ibadah di hotel dan apartment juga tempat mabit, perkhidmatan tolak kerusi beroda, penyediaan batu melontar, pembelian barang-barang keperluan kecemasan seperti ubat-ubatan dll.

Tiada yang lebih indah dari melihat anak-anak remaja yang sangat berakhlak berkhidmat sepenuh hati kepada para tetamu.

Lebih-lebih lagi bila kudapan yang dihulurkan adalah karipap, lempeng gulung (ketayap) dan kekacang yang sesuai dengan selera kita.

Makanan berat pula nasi putih dengan rendang itik (itik yang mereka bela sendiri), rendang dalaman (paru dan hati), ayam goreng, sup, sambal hitam, sambal belacan, ulam-ulaman cicah budu. Semuanya berlaku dengan keberkatan.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *