Melontar Jamratul Aqabah dan 3 jamrah di hari 11 Zulhijjah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Seharian 10 Zulhijjah kami banyak berehat di Hotel Apartment Mira di Aziziah. Setelah melalui satu hari yang tough. Wuquf di Arafah, Mabit di Muzdalifah, pastu selesaikan Tawaf, Saie dan bergunting. Pastu gerak ke Hotel dari Masjidil Haram yang jaraknya lebih kurang 5km tapi makan masa 4 jam dengan bas kerana jalan jam teruk.

Jadi sampai-sampai hotel dah dekat Zuhur, siap-siap solat. Lepas sembahyang, jamuan raya. Nasi impit, sambal kacang, rendang itik dll.

Lepas tu rehat. Maghrib solat dan makan malam. Tengah malam taklimat melontar. Antaranya melontar kena dengan gaya melontar. Bukan main campak-campak je. Kena pastikan batu masuk. Jangan terpelanting keluar semula. 7 biji batu. Kalau kurang berhutang, lebih makruh.

Botol-botol mineral itu jemaah gunakan untuk isi batu melontar. Biasanya mereka bawa batu lebih. Takut kalau melontar terlalu kuat, mematul tak dikira. Kena lontar semula. Tapi kalau cukup, baki batu yang belum digunakan ditinggalkan untuk orang lain guna kalau tak cukup batu atau terlupa bawa. Niat dah baik cuma suasana jadi tidak indah.

Solat jemaah dengan tertib menjadi syiar Islam yang disukai oleh semua yang memandang. Lebih-lebih lagi bila diikuti dengan takbir beramai-ramai dan bersalaman sambil berselawat. Pihak Polis Saudi pun mengucapkan tahniah.

Maha Baik Allah hadiahkan dapat mengerjakan haji dengan cara yang sangat tersusun dan teratur.

  • jamratul (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *