Perang Uhud xiv

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tentera Islam Berkumpul Di Atas Bukit Uhud Apabila melihat Sayyidina Ali menjulang bendera Islam di atas Bukit Uhud, tentera Islam yang lain segera menuju ke situ. Melihat tentera Islam berkumpul semula di atas bukit dan bendera Islam masih tegak, Khalid al Walid menyerbu dengan pasukannya ke arah bukit. Mereka mahu menjatuhkan bendera Islam untuk memperkukuhkan…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud xiii

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sayyidatina Nusaibah dan para Sahabat Mempertahankan Rasulullah SAW Dalam keadan kucar kacir itu hanya tinggal beberapa orang sahaja di sekeliling Rasulullah. Baginda telah berjaya keluar dari lubang. Ketika itu satu pasukan tentera Kuffar datang menyerbu ke arah Rasulullah lagi. Tujuan mereka adalah mahu membunuh Baginda. Kerana ramainya bilangan mereka, ada yang berjaya sampai kepada Rasulullah.…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud xii

Kongsikan kepada yang lain
Share

Akibat Mengingkari Arahan Apabila medan Uhud telah dikuasai oleh tentera Islam dan mereka telah mula mengutip ghanimah, pasukan pemanah menyangka peperangan sudah berakhir dan tentera Islam sudah menang. Lalu mereka mahu ikut turun mengutip ghanimah. Sayyidina Abdullah bin Jubair menahan mereka. Dia berkata kepada pasukan pemanah, “Rasulullah telah mengarahkan kita supaya jangan meninggalkan bukit!” Mereka…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud xi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bendera Kuffar jatuh Lagi Pertempuran semakin sengit di sekitar bendera Kuffar. Tentera Islam telah berjaya membunuh pemegang bendera yang kelapan. Bendera Quraisy jatuh lagi buat kali yang kelapan. Seorang lelaki dari Bani Abdul Dar segera mengangkat bendera mereka kembali tetapi semangat tentera kafir sudah semakin lemah kerana bendera mereka sudah berkali-kali jatuh. Tidak lama selepas…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud x

Kongsikan kepada yang lain
Share

Penyelamat Tentera Islam Muncul seorang pahlawan kafir berbaju besi lengkap dan berperang menggunakan pedang yang panjang di atas seekor unta. Tidak ramai pahlawan mampu menggunakan pedang panjang dalam pertarungan. Ternyata pahlawan kafir ini seorang yang mahir menggunakan pedang panjang. Sudah sembilan orang tentera Islam syahid ditangannya malah ramai yang lain cedera. Dia bagaikan tidak dapat…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud ix

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kisah Perjuangan Sahabat Di Uhud Sayyidina Saad bin Abi Waqqas bertugas mengawal Rasulullah. Dia bertempur dengan panahnya. Bagindalah yang membantu menghulurkan anak panah kepadanya sambil Baginda mendoakan Sayyidina Saad. Setiap kali dia memanah semuanya tepat mengenai sasaran. Ramai musuh terbunuh dan ada yang tercedera. Rasulullah sangat gembira terhadap peranan Sayyidina Saad yang sangat membantu tentera…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud viii

Kongsikan kepada yang lain
Share

Jatuhnya Bendera Kafir Quraisy Sayyidina Hamzah, Sayyidina Ali dan Sayyidina Zubair mengepalai tentera Islam. Sayyidina Hamzah adalah seorang yang mahir dalam peperangan. Dia tahu jalan yang paling mudah dan paling cepat untuk mengalahkan lawan ialah dengan menjatuhkan bendera mereka. Apabila pertempuran bermula, Sayyidina Hamzah dan pasukannya menyerang bertubi-tubi ke arah bendera Quraisy. Sayyidina Hamzah dilihat…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud vii

Kongsikan kepada yang lain
Share

Persiapan Tentera Kuffar Quraisy Kuffar Quraisy juga sedang membuat persiapan terakhir sebelum memasuki pertempuran dengan Rasulullah. Perempuan mereka menyanyi dan bersyair demi membakar semangat pasukan tentera. Mereka bersyair, “Sekiranya kamu menang, kepulangan kamu ditunggu dengan layanan istimewa tetapi kalau kamu lari atau kalah, kami tidak kenal kamu lagi!” Turut menyertai tentera kafir ini ialah seorang…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more

Perang Uhud vi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Arahan Kepada Pasukan Pemanah Sejak sebelum bermula pertempuran lagi Rasulullah risau melihat sebuah bukit kecil bersebelahan Bukit Uhud yang memanjang ke arah medan perang kerana tentera musuh boleh berpusing ke belakang bukit ini. Siapa yang menguasai bukit ini dia boleh menguasai medan peperangan dengan panah. Rasulullah memilih 50 orang pemanah yang cekap di ketuai oleh…

Kongsikan kepada yang lain
Share
Read more