Menuju Maqam Syuhada’ Uhud

Kongsikan kepada yang lain
Share

Perang Uhud i

Dendam Quraisy

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2019/08/img_4615.mov

Kuffar Quraisy tiada pilihan lagi, mereka tidak boleh hidup tanpa perniagaan. Mereka mesti mencari jalan untuk menyelesaikan bahaya yang mereka hadapi dari Madinah. Apabila Abu Sufyan pulang ke Mekah setelah tewas di tangan Sariyah Sayyidina Zaid bin Harithah, dia meminta agar orang Mekah semua bersedia untuk berperang. Mereka mesti menghapuskan orang Islam di Madinah. Abu Sufyan telah melancarkan kutipan wang untuk membiayai peperangan. Orang kafir Mekah telah mengeluarkan wang yang mereka simpan untuk perniagaan mereka demi membiayai peperangan demi menghapuskan orang Islam di Madinah.

Abu Sufyan juga meminta bantuan dari Bani Ghatafan yang diserang oleh tentera Islam beberapa bulan yang sudah. Bani Ghatafan telah menghantar bantuan kepada Abu Sufyan. Abu Sufyan juga meminta bantuan dari kabilah Ahabish, mereka juga bersetuju menghantar bantuan. Sesungguhnya Abu Sufyan telah bekerja keras sehingga dia berjaya mengumpul 3000 orang tentera. Dalam peperangan Badar, Kuffar Quraisy hanya mempunyai kekuatan 1000 orang tentera. Namun tidak sampai setahun dari kekalahan mereka di Badar, kini Abu Sufyan telah berjaya mengumpul 3000 orang tentera dengan bantuan Bani Ghatafan dan Kabilah Ahabish. Abu Sufyan menggerakkan tenteranya ke Madinah.

Di hadapan pemaqaman Syuhada’ Uhud
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *