Perang Uhud ii

Kongsikan kepada yang lain
Share

Perang Uhud ii

Mimpi Rasulullah

Apabila berita pergerakan tentera ini sampai kepada Rasulullah, Baginda melakukan syura dengan anggota syura di kalangan para Sahabat. Sayyidina Hamzah dan Sayyidina Anas bin Nadr mencadangkan agar tentera Islam keluar menentang tentera kafir di luar Madinah.

Rasulullah bersabda, “Daku telah bermimpi.” Para Sahabat bertanya, “Apakah mimpi Rasulullah itu?” Rasulullah menjawab, “Aku melihat seekor lembu disembelih dan aku melihat pedangku serpih dan aku melihat aku masuk ke dalam satu perisai yang kuat.”

Para sahabat bertanya, “Apakah tafsiran mimpi Rasulullah ini?” Baginda menjelaskan, “Adapun lembu yang disembelih itu aku tafsirkan akan berlaku kematian di kalangan Sahabatku, serpihan pada pedang aku pula petanda sesuatu yang akan menimpa keluargaku, adapun perisai yang kuat itu ialah Madinah.

Jadi aku berpandangan kita tunggu tentera Abu Sufyan di Madinah.” Namun Rasulullah melihat kebanyakan Sahabat y ingin menghadapi tentera Abu Sufyan di luar Madinah termasuk Sayyidina Hamzah, maka Baginda telah bersetuju untuk menghadapi tentera kafir di luar Madinah. Rasulullah meminta semua orang bersedia untuk berjihad fisabilillah.

Rasulullah pulang ke rumah untuk bersiap dengan pakaian perang. Baginda memakai dua lapis baju besi dan penutup kepala. Rasulullah telah dapat merasakan bahawa pertempuran kali ini adalah sengit. Baginda telah bersedia untuk pertempuran itu.

Ketika itu ada di kalangan para sahabat yang merasai bahawa Rasulullah lebih suka berkubu di Madinah. Mereka ingin serahkan kembali keputusan terakhir kepada Baginda. Apabila Rasulullah keluar dari rumahnya, Baginda mendapati para Sahabat telah menunggu kerana mahu memberitahu hal itu. Melihat suasana itu, Rasulullah selaku seorang pemimpin mahu membuat keputusan yang jelas.

Rasulullah berkata:

“Tidak sepatutnya bagi seorang Nabi yang telah memakai pakaian perang menanggalkannya sehinggalah Allah menentukan perhitungan antara dia dan musuhnya.”

Baginda mahu mereka menghadapi musuh di luar Madinah seperti yang telah diputuskan oleh syura dan telah dipersetujui oleh Baginda. Dalam suasana genting seperti ini umat Islam tidak boleh teragak-agak

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *