Perang Uhud iii

Kongsikan kepada yang lain
Share

Perang Uhud iii

Perangai Munafik

Rasulullah mula menyusun tentera Islam. Baginda menyerahkan bendera Islam kepada Sayyidina Mus’ab bin Umair. Rasulullah juga memberi busyro kepada tentera Islam kalau mereka sabar, Allah akan menghantar bantuan. Malah Allah menjanjikan 3000 Malaikat akan datang membantu. Dalam perang Badar 1000 malaikat, tetapi kali ini Allah menjanjikan 3000 dan lebih lagi kalau orang Islam sabar.

Ketika itu turun ayat ini:

Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): “Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?” Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: 123-126)

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *