Perang Uhud iv

Kongsikan kepada yang lain
Share

Remaja di Peperangan Uhud

Ketika Rasulullah memeriksa barisan tentera, Baginda dapati ada remaja di bawah umur ikut serta dalam barisan tentera Islam. Di antaranya, Sayyidina Abdullah bin Umar yang baru berumur 12 tahun dan seorang remaja lagi berumur 10 tahun. Baginda tidak membenarkan mereka ikut berperang. Rasulullah juga telah mengeluarkan Sayyidina Usamah bin Zaid dari barisan tentera kerana dia masih terlalu muda. Baginda mengarahkan mereka pulang ke Madinah semula. Ada jadual lain yang Allah dan Rasul-Nya persiapkan untuk mereka.

Namun, seorang remaja berumur 13 tahun merayu agar dibenarkan berperang. Dia memberitahu Baginda bahawa dia cekap memanah malah panahannya tepat. Setelah diuji, ternyata dia berkata benar. Rasulullah membenarkan dia menyertai peperangan kali ini.

Melihat kejadian itu, ada seorang remaja lagi datang merayu kepada

Baginda. Dia merayu, “Wahai Rasulullah, engkau mengizinkan kawan aku ikut tetapi engkau tidak memberi keizinan kepadaku sedangkan kalau kami bertarung, pasti akulah yang menang.”

Baginda meminta mereka berdua beradu kekuatan dan ternyata remaja ini yang menang. Dengan itu Rasulullah membenarkan dia juga ikut serta dalam peperangan. Begitulah semangat jihad, jiwa besar dan kecintaan anak muda ini kepada Islam dan Rasulullah.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *