Perang Uhud vi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Arahan Kepada Pasukan Pemanah

Sejak sebelum bermula pertempuran lagi Rasulullah risau melihat sebuah bukit kecil bersebelahan Bukit Uhud yang memanjang ke arah medan perang kerana tentera musuh boleh berpusing ke belakang bukit ini. Siapa yang menguasai bukit ini dia boleh menguasai medan peperangan dengan panah.

Rasulullah memilih 50 orang pemanah yang cekap di ketuai oleh Sayyidina Abdullah bin Jubair dan Baginda perintahkan mereka supaya berada di atas bukit. Mereka menggalas dua peranan penting iaitu menghalang tentera kafir daripada menyerang tentera Islam dari belakang dan memanah tentera kafir di medan perang dari atas bukit ini.

Rasulullah memberi satu arahan yang sangat jelas kepada 50 orang pemanah ini seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:

“Kalau kami menang, jangan tinggalkan tempat kamu. Kalau kami mengutip ghanimah, jangan kamu menyertai kami. Kalau kami kalah pun jangan kamu turun menolong kami.”

Demikianlah perintah Rasulullah kepada mereka. Walaupun apa yang berlaku kepada tentera Islam, pasukan pemanah ini mesti terus berada di atas bukit. Baginda mengulangi peringatan ini beberapa kali supaya mereka jangan bergerak dari posisi mereka sehingga mendapat arahan daripada

Baginda.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *