Perang Uhud x

Kongsikan kepada yang lain
Share

Penyelamat Tentera Islam

Muncul seorang pahlawan kafir berbaju besi lengkap dan berperang menggunakan pedang yang panjang di atas seekor unta. Tidak ramai pahlawan mampu menggunakan pedang panjang dalam pertarungan. Ternyata pahlawan kafir ini seorang yang mahir menggunakan pedang panjang.

Sudah sembilan orang tentera Islam syahid ditangannya malah ramai yang lain cedera. Dia bagaikan tidak dapat dikalahkan kerana pedangnya yang panjang itu akan membunuh lawan yang menentangnya sebelum pedang lawan sampai kepadanya.

Melihat keadaan itu, tentera Islam terpaksa menjauhkan diri darinya. Akhirnya mereka mengadukan hal itu kepada Rasulullah. Baginda telah menawarkan kepada pahlawan Islam untuk berhadapan dengan si pedang panjang itu. Walaupun sudah dua kali Rasulullah mengulangi tawaran itu, tiada siapa yang menyahutnya. Apabila Baginda bertanya untuk kali yang ketiga, Sayyidina Zubair telah menawarkan dirinya untuk menghadapi si pedang panjang demi menyelamatkan tentera Islam yang lain darinya.

Ketika itu Rasulullah bersabda, “Wahai Zubair, sekiranya kamu tidak menyahutnya, aku sendiri akan keluar menghadapi pahlawan itu.”

Setelah mengalahkannya, Sayyidina Zubair menceritakan, “Aku datang kepada pahlawan itu dan aku mencari-cari dimanakah ruang untuk aku boleh membunuhnya. Ternyata seluruh tubuhnya dilindungi oleh baju besi. Aku berpusing mengelilinginya dari jarak yang selamat sehingga aku berada di belakang untanya. Aku tikam untanya lalu aku melompat ke atas unta dan menolaknya ke bawah. Apabila dia jatuh, aku terjun dan menikamnya dengan kerambit. Ketika itu aku berjaya membunuhnya.” Begitulah kegagahan dan kehandalan Sayyidina Zubair bin Awwam.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *