Perang Uhud xi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bendera Kuffar jatuh Lagi

Pertempuran semakin sengit di sekitar bendera Kuffar. Tentera Islam telah berjaya membunuh pemegang bendera yang kelapan. Bendera Quraisy jatuh lagi buat kali yang kelapan. Seorang lelaki dari Bani Abdul Dar segera mengangkat bendera mereka kembali tetapi semangat tentera kafir sudah semakin lemah kerana bendera mereka sudah berkali-kali jatuh.

Tidak lama selepas itu tentera Islam berjaya lagi membunuh pemegang bendera yang kesembilan. Bendera Kuffar jatuh lagi buat kali yang kesembilan. Setelah itu tiada lagi tentera Kuffar yang berani mengangkat bendera mereka. Mereka melihat setiap orang yang mengangkat bendera akan berjaya dibunuh oleh tentera Islam. Tentera Kuffar yang sedar bendera mereka jatuh lagi buat kali yang kesembilan menunggu-nunggu bendera mereka naik semula. Namun bendera mereka sudah tidak naik lagi. Setiap orang merasa tentera mereka sudah tewas, mereka berundur ke belakang dari semua bahagian demi menyelamatkan nyawa sendiri.

Tentera Islam terus mengejar tentera Kuffar yang sedang lari menyelamatkan diri meninggalkan harta dan bekalan yang mereka bawa. Akhirnya medan Uhud telah dapat dikuasai oleh tentera Islam. Ketika itu tentera Islam mula mengutip dan mengumpul apa yang ditinggalkan. Mereka tidak menyedari bahawa ada satu lagi pasukan tentera Kuffar yang masih tersusun. Ia adalah pasukan berkuda yang dipimpin oleh Khalid al Walid. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa sejak awal pertempuran. Beberapa kali mereka menyerbu ke medan untuk membantu pemegang bendera tapi pasukan pemanah tentera Islam dari atas bukit telah menghujani mereka dengan anak panah. Mereka terpaksa berundur ke belakang dan hanya dapat memerhati pertempuran dari jauh.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *