Sekitar Perasmian Sarajevo Halal Fair 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Sebagai Gold Sponsor dan rakan penggerak sejak dari Sarajevo Halal Fair yang pertama tahun lalu, GISBH di jemput turut serta di majlis perasmian, malah barisan Ybhg ALP GISBH di beri penghormatan untuk berada di kerusi VIP.

Oleh kerana keseriusan GISBH dalam memperjuangkan Islam Sebagai Cara Hidup khasnya di dalam Industri Halal ini maka ia sangat di pandang besar oleh semua pihak malah logo GISBH dipaparkan melalui projector besar di atas kepala hadirin.

Di antara VIP yang hadir ialah wakil Perdana Menteri Bosnia, Grand Mufti of Bosnia, YB Datuk Sri Saifuddin Nasution Menteri KPDNHEP, TYT Duta Malaysia di Bosnia, CEO Bank Bosnia dan ramai lagi.

Pada petangnya pula, YH Dato CEO dan Ybhg COO Tn Hasnan Abd Hamid menjadi wakil Malaysia untuk terlibat di dalam perbincangan meja bulat Yang turut di sertai oleh YB Menteri sebagai ketua delegasi Malaysia bersama syarikat-syarikat Malaysia dan Bosnia. Kata pembukaan oleh YB Menteri. Sewaktu perbincangan meja bulat sangat mempromosi GISBH selaku satu-satunya syarikat yang telah terbukti berjaya membuka perniagaan di Bosnia dan sangat berjaya di peringkat nasional maupun international..

RPU bersalaman dengan Grand Mufti Bosnia

YH Dato Lokman duduk bersebelahan Ybhg Datuk Sri Khani Ketua Pengarah Islamic Tourism Malaysia

Bersama Duta Bahrain di Bosnia

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *