Hotel F1-Marseille

Kongsikan kepada yang lain
Share


Salam ceria.

Hari ini kami teruskan perjalanan ke Marseille dari hotel F1. Alhamdulillah dah tak jauh, dalam 90km macam tu. Team dari Paris pun bergerak pagi ini, mereka kena tempuh lebih 700km. Kami berenam dengan 2 kenderaan, mereka 10 orang dengan 3 kenderaan. Diketuai oleh Tuan Ahmad Anuar dan Tuan Fadhil. Ada Datuk Wan Salleh dan Hj Kudus sekali. En Adib sebagai pimpinan RPU ada bersama rombongan dari Paris.

img_0612-1.mov
Kami keluar Hotel F1 dalam jam 12, mula bergerak terus menghala ke Marseille ikut jalan kampung dalam 12 lebih sikit. Bawa slow-slow je sebab janji dengan pengurusan apartment di Bandar Perlabuhan Marseille ni nak masuk jam 3pm. Perjalanan tak sampai 2 jam. Cuaca pun mendung dan hujan. Sepanjang jalan mendung. Gelap. Hujan renyai-renyai.

Pemandangan yang banyaknya ladang anggur samada yang dah besar atau yang baru di tanam. Orang tak nampak ramai di jalanraya atau di kebun dan ladang. Mungkin kerana hujan dan suhu dah mula sejuk. Lah dah demam. Badan anjang pun tak selesa panas dalam dan selsema.

Antara yang menarik di Perancis ni anjang tengok signboard dan iklan-iklannya. Mereka kreatif bermain font huruf dan menggabungkan warna-warna. Tak tau nak cakap macam mana. Tampak menarik. Tapi tak sempat snap gambar. Mungkin kerana orang sini tinggi seninya. Yang paling tak suka tandas mereka yang tak ada paip air dan lubang air keluar.

Kami sampai bandar Marseille lebih kurang jam 2pm. Parking adalah satu masalah di Perancis. Susah nak park kereta. Lama juga berhenti di bangunan no 6, Hubungi pihak apartment, mereka benarkan masuk.

(Sambung tulisan di Hotel Selma, Algiers)

Apartmen lama. Tanpa lift. Kena panjat tangga berputar. Sedang elok naik tangga tiba-tiba turun guni putih nampak sarat, berikat tali dari tingkat atas di tengah-tengah ruang kosong tangga tadi. Eissshh mencemaskan. Macam mayat berbungkus. Rupanya pekerja binaan sedang menurunkan baki bahan binaan dari tingkat atas ke bawah dengan menggunakan tali. Pekerja Arab dari Tunisia itu tertawa bila mendengar anjang sebut; mukhauwif! (Menakutkan)

Oleh kerana hujan turun tak berhenti hanya beberapa orang sahaja yang keluar untuk draw duit sebab di Algeria mengikut maklumat, tak boleh keluarkan duit di ATM. Kena bawa tunai. Yang lain bertugas di apartmen menyiapkan makanan dari baki makanan yang dibawa bersama. Antaranya sate dan rendang kafe GISBH Sarajevo. Makan sate dan rendang di Marseille…

Malam itu rombongan dari Paris seramai 10 orang sampai. Bergabunglah 2 rombongan untuk bersiap menunju ke Algeria awal pagi esok. Cadangannya kami bersarapan sebelum Subuh. Selepas solat terus ke port.

Moga Allah mudahkan segala urusan dengan keberkatan.

Algiers

7.58, Okt 24, 2019

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *