GISBH di Ekspo Halal OIC ke-7 2019 (7th OIC Halal Expo 2019)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ekspo Halal OIC ke-7 2019

(7th OIC Halal Expo 2019)

Sebagai pameran terbesar dalam sektor halal yang dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), edisi ke-7 Ekspo Halal membuka pintu kepada peserta pameran dan pengunjung dari seluruh dunia dari 28 November hingga 1 Disember 2019 di Eurasia Show and Art Centre, kawasan pameran terbaru di Istanbul.

Ekspo Halal adalah acara tahunan yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Islam Pembangunan Perindustrian (ICDT), Institut Standaris dan Metrologi Negara Islam (SMIIC), dengan sokongan Kementerian Perdagangan Republik Turki dan kementerian berkaitan awam yang lain Republik Turki.

Meliputi kawasan 14,000 m2, sebelum ini Expo Halal OIC ke-6, yang diadakan dari 29 November hingga 2 Disember 2018, disertai oleh 316 orang peserta dari syarikat tempatan dan antarabangsa dari 35 buah negara. Ia berjaya menarik lebih daripada 40,000 pelawat dengan pengunjung antarabangsa berjumlah 4000 orang.

Ekspo Halal OIC ke-6 pula, berjaya menggabungkan beberapa mesyuarat B2B yang melibatkan lebih daripada 200 usahawan dari 25 buah negara dalam rundingan perniagaan yang luar biasa ini.

 

Untuk kali ini ia diadakan secara serentak dengan Sidang Kemuncak Halal Sedunia ke 5, 2019 (5th World Halal Summit, 2019) di bawah naungan Presiden Republik Turki, Ekspo Halal OIC ke-7 menawarkan kawasan pameran yang mantap dan platform tersendiri bagi pelbagai bengkel, mesyuarat dan acara B2B baru yang dihoskan dengan penyertaan perwakilan profesional juga aktiviti lain yang berkaitan dengan industri halal.

Atas kehendak Allah juga dan reputasi GISBH yang kerap menyertai ekspo bertaraf antarabangsa, GISBH ditawarkan menjadi Silver Sponsor dalam program ini dan pimpinan GISBH menerimanya.

Staf GISBH menghantar Tuan Dato CEO ke air port untuk bertolak ke Istanbul

Pada GISBH, halal bukan semata-mata makan minum tapi meliputi seluruh aktiviti kehidupan. Hidup seorang Muslim itu mesti didisiplinkan dengan perlaksanaan syariat Allah dari sudut akidah, ibadah, pergaulan, pentadbiran, ekonomi, pendidikan, pakaian, makan minum, hiburan, pertanian, penternakan pendek kata ‘Islam itu adalah cara hidup.’

Sebahagian barang-barang untuk expo

Moga dengan pameran bertaraf antarabangsa ini, lebih-lebih lagi ia dianjurkan oleh OIC dan Allah izinkan GISBH menjadi Silver Sponsor pula, GISBH dapat mempamerkan keindahan Islam sebagai cara hidup yang telah dilaksanakan oleh semua staf GISBH selama ini.

Moga Allah menilainya sebagai amal ibadah
Dalam melaksanakan Fardhu Kifayah dan mendidik masyarakat bagaimana untuk jadikan Islam sebagai cara hidup.

Moga Islam bukan hanya diseminar-seminarkan, disyarah-syarahkan, dikuliah-kuliahkan, dislogan-slogankan, diviral-viralkan sahaja, tetapi ia amalan hidup kita yang menjadi darah daging dan hidup mati kita. Aamiin.

Team expo bergabung dengan staf GISBH Istanbul di kalangan remaja (RPU) sedang menyiapkan booth expo.

Dikongsikan gambar-gambar persiapan Unit Expo GISBH di Expo Halal OIC ke 7 di Istanbul, Turki.

Otw AirPort Jeddah

4.32am, Nov 28, 2019

Islam itu indah, kalau Islam dilihat tidak cantik, itu bukan kerana Islam tidak cantik tetapi kerana orang Islam tidak benar-benar mengamalkan Islam yang tepat. Akibatnya Islam dilihat miskin, malas, kotor, militan dll ditambah lagi dengan serangan-serangan musuh di segala sudut; pemikiran, sosial, media, cara hidup dll.
Umat yang bersatu dan bertolong bantu, InsyaAllah dalam rahmat Allah.
Dengan tenaga muda yang berdisiplin, kerja dapat segera disiapkan..
“Kuat ke staging tu En Damah? SMI…”
Alhamdulillah…
Moga menarik ramai pengunjung
YBhg Tuan Nasiruddin Mohd Ali, Pengarah GISBH Eropah Turki menunggu persiapan pemasangan LCD Video Wall berukuran 17 kaki x 8 kaki.

Moga dijayakan dengan keberkatan

VIDEO PERSIAPAN EXPO

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *