Booth di Expo Halal OIC 2019, Istanbul dan Suasana Petugas di Booth GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share
Dengan akhlak dan senyuman orang tertarik untuk bertanya tentang Islam dan pengalaman memperjuangkannya di semua sudut lebih-lebih lagi di Industri Halal.
YBHg Dato’ CEO dan YBhg Tuan PLP menjadi tunggak pimpinan GISBH di Expo kali ini.
YBhg Puan Azura Mohd Yusof, Timbalan Ketua Muslimah GIDBH pula mengetuai kaum muslimah GISBH berdakwah melalui medium perniagaan ini.
Siapa tahu, dengan hanya seketul kuih tradisional Malaysia, seorang direzkikan mendapat hidayah dari Allah. Apabila mendapat hidayah, ia lebih baik dari dunia dan seisinya…
GISBH memang telah bertapak lama di Istanbul, selepas Expo rakyat tempatan boleh menyambung silaturrahim dengan GISBH di Restoran Nur Muhammad Istanbul tak jauh dari Masjid Biru/Masjid Suktan Ahmet.
Bertemu sesama Nusantara di bumi Uthmaniah.
YBHg Dato’ CEO ni, tengok wajah dan senyumannya pun dah ramai tertarik hati.
Jadilah sebaik-baik manusia, orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

“Nak rasa yang mana satu?”
Ya Allah, kembalikan kemuliaan pengamalan Islam di Turki seperti di zaman pemerintahan khalifah-khalifah mereka yang bertakwa

Menurut pemerhatian anjang, melalui Expo Halal seperti ini, umat Islam lebih mudah bekerjasama, berkenal-kenalan, berkasih-sayang yang semua itu membawa kepada bersatu padu yang boleh memberi kekuatan kepada umat Islam walaupun dari bangsa yang berbeza-beza seperti di antara orang Malaysia dengan Turki, Afrika, Tajikistan, Uzbekistan dll.

Sangat berbeza dengan bola sepak yang didakwa menyatukan dengan semangat kesukanan bagai, ternyata walaupun serumpun boleh membawa pergaduhan seperti saling mengejek, provoke, hina menghina, kata mengata, keji mengkeji, baling suar, baling air kencing dan lain-lain yang merenggangkan hubungan, anjang ulang lagi, walaupun serumpun.

Begitu juga politik, (realiti politik yang kita lihat hari ini) sudah lama kita semua lihat tidak menyatukan. Lebih-lebih lagi bila telah mendapat kuasa dan ada peluang mendapat harta dan betina, maka ia sangat merosakkan peribadi muslim yang selalunya hilang prinsip diri, bertukar kenyataan dan pendirian bila ada kepentingan diri dan puak.

Moga Allah bantu kita semua membetulkan keadaan sebelum Allah tarik nikmat-nikmat yang kita kecapi selama ini.

Surau Ikhwan Resort Air Bintan

9.30 PM, Nov 29, 2019

Ziarah AB jap, lusa ke Jabatan Agama Islam Johor. Ada program.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *