Jamuan Makan Malam Penganjur untuk peserta Expo Halal OIC 2019

Kongsikan kepada yang lain
Share

Penganjur Expo Halal OIC 2019 mengadakan Majlis Makan Malam untuk meraikan wakil-wakil dari semua peserta Expo kali ke 7 ini, di Hotel Elite World, Küçükçekmece, Istanbul, Turki.

Di Majlis ini remaja GISBH diberi peluang mempersembahkan nasyid kepada semua peserta. Mereka menyampaikan Nasyid ‘LOVE & CARE’ yang sangat menarik perhatian semua. Sebahagian mereka merakam video persembahan sementara sebahagian yang lain pula menghayati rangkap demi rangkap nasyid yang disampaikan.

Seelok selesai nasyid, meja YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISBH didatangi oleh Mr Yunus Ete, World Halal Summit Council President mengucapkan tahniah kepada GISBH dan terus berbual mesra.

https://www.anjangmuor.com/wp-content/uploads/2019/11/medium-1.mov

Begitulah bila bait-bait lirik bersifat global dan memberi penyelesaian kepada masalah semua manusia khasnya agar kembali kepada Allah, sebaik-baik penyelesai masalah, lebih-lebih lagi bila ia disampaikan dari lubuk hati yang paling dalam maka kesannya sangat menarik hati-hati manusia untuk diserahkan kepada Allah yang Maha berKuasa.

Villa GISBH Danga Bay

11.20pm, Nov 30, 2019

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *