Orang Kafir Menodai Tanah Haram

Kongsikan kepada yang lain
Share
Lokasi di Makam Syuhada’ Uhud. Tanah Haram Madinah.

Salam ceria.

Firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلَا يَقْرَبُوا۟ ٱلْمَسْجِدَ ٱلْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَٰذَا ۚ وَإِنْ خِفْتُمْ عَيْلَةً فَسَوْفَ يُغْنِيكُمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦٓ إِن شَآءَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

At-Taubah: 28

Allah Maha Mengetahui. Akan sampai waktunya, mereka yang berkuasa di negara-negara Umat Islam di dunia khasnya di Negeri Haram (Tanah Haram) ini akan semakin nipis iman, kurang takwanya, bertambah tamaknya, semakin tebal cinta dunianya lalu mengorbankan prinsip agamanya dijual demi wang dan dunia.

Menerima pelancong tanpa syarat hanya membuka dan menambahkan kerosakan yang sedia ada di negara Umat Islam. Kenapa tak mencari wang untuk negara melalui jalan-jalan yang sesuai dengan Syara’? Apakah minyak yang Allah rezkikan selama ini tak mencukupi untuk negara ini sampai begini jadinya?

Mengapa tak mencari rezeki dan jalan keluar melalui takwa? Bukankah Allah berfirman:

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ

dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

At Talaq: 2-3

Dah tak yakin dengan Allah? Lebih yakin dengan idea-idea sendiri? Atau sudah termakan pujuk rayu musuh?

Baru-baru ini Syeikh Sulaiman dedahkan orang kafir telah memasuki Masjid Nabi SAW. Kali ini kita dapat video mereka berada di sekitar Makam Syuhada’ Uhud. Ada pula yang berposing di sekitar dataran Masjid Nabi SAW (Walaupun dah delete dari akaun Instagramnya). Apakah kerajaan ini sudah tidak mampu memelihara kesucian Islam hingga sanggup korbankan dasar kita selama ini demi ekonomi dll. Sedangkan Allah larang dengan jelas dalam ayat di atas untuk mereka menghampiri Masjidil Haram dan Allah kaitkan dengan binbang tentang kepapaan. Jangan kata: itu Masjidil Haram… ya, ia boleh berlaku di mana-mana kalau tidak dikawal. Malah tak mustahil mereka telah berleluasa masuk keluar Masjidil Haram. Kalau firman Allah,

((jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, ))

Jika firman Allah, seseorang telah ragui malah tidak percaya, sebenarnya ia telah awal-awal lagi jatuh kepada kekufuran.

Seakan-akan kelayakan menjaga tanah suci ini sedang Allah tarik dan hendak serahkan kepada mereka yang lebih layak. Tapi siapalah yang paling layak untuk tugas yang sangat berat ini? Dengan Iman dan Takwa yang masih belum berjaya mengawal diri dan keluarga dari bakaran api neraka ini, mampukah kita menggalas tanggungjawab yang sangat berat ini?

Ada hadis yang mengatakan Allah akan datangkan gegaran atau gempa bumi untuk mengeluarkan orang-orang kafir, munafik dll dari Bumi Madinah. Kalau manusia tak sia-siakan peluang, Allah akan tarik balik dan Allah sendiri lakukan dengan caraNya.

Ya Allah rezkikan kami takwa yang mendalam hingga mampu meraih bantuanMu. Kalau Engkau bantu, tiada yang mustahil untuk dijayakan.

Villa GISBH Mekah

1.53am, Dis 15, 2019

P/s Boleh kiaskan dengan Malaysia, kalau yakin sangat dan taasub sangat dengan pandangan bahawa kuasa Politik dan ekonomi sahajalah yang mampu memertabatkan dan menjulang bangsa Melayu Islam ini sampai korbankan prinsip hingga sanggup kata mengata, hina menghina, keji mengkeji, fitnah memfitnah, mungkiri janji, berkawan dengan musuh, memusuhi sesama Islam dll, tunggulah kehinaan demi kehinaan yang Allah akan datangkan.

Sila klik link:

Sucikan Tanah Haram

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *