PERTEMUAN CEO GISBH DENGAN TETAMU DARI AUSTRALIA DI RUMAH DATO’ NADZIM JOHAN

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tuan CEO GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten telah dijemput ke Kondominium Villa Putri untuk menghadiri pertemuan dengan tetamu dari Australia yang dianjurkan oleh Dato Nadzim Johan.

Program berkenaan berlangsung di rumah Dato Nadzim dengan tujuan untuk memperkenalkan para tetamu yang hadir kepada tetamu yang juga merupakan kawan kepada Dato Nadzim dari Australia iaitu :

1. Puan Melissa, CEO Excel college Australia

2. Mr Arshad, Managing Director Excel College Australia

3. Syed Burhanudin

Sewaktu Dato Nadzim memperkenalkan siapa itu YH Dato Lokman selaku CEO GISBH, Saudara Irshad terus respon yang dia sangat kenal GISBH kerana beliau adalah pelanggan tetap di Ikhwan Butcher Sydney.
Beliau sangat memuji GISBH malah beliau juga tahu mengenai program makan sepuas hati, bayar ikut rasa hati di Kafe Ikhwan Sydney.
Sewaktu berbual selepas makan malam Dato Nadzim telah mencadangkan agar GISBH mengetuai pengeluar produk-produk Islam kerana dengan logo Ikhwan sahaja, pengguna sudah yakin ianya pasti halal.
LIPUTAN TV PPIM

Dato Nadzim yang sememangnya kawan rapat YH Dato Lokman dan sangat mengenali malah menyokong GISBH merasakan bahawa perlunya GISBH diketengahkan lagi.

Menurut Dato Nadzim lagi, nanti dengan pengeluar produk Islam cukup hanya mendapat pengesahan GISBH sahaja.

Semoga akan berlakulah kesyumulan Islam di dalam semua aspek kehidupan yang sangat diperlukan oleh semua golongan manusia.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *