Arab Saudi gantung sementara visa umrah

Kongsikan kepada yang lain
Share
Sila klik untuk video

RIYADH – Arab Saudi hari ini menggantung visa untuk jemaah yang ingin ke Makkah, kata Kementerian Luar susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) di Timur Tengah.

Kerajaan menangguhkan sementara kemasukan bagi tujuan umrah dan ziarah ke Masjid Nabawi, kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan, merujuk kepada ibadah umrah dilakukan oleh umat Islam yang boleh ditunaikan sepanjang tahun.

Ia juga menggantung visa lawatan pelancong dari beberapa negara yang merekodkan kes jangkitan Covid-19. – AFP

Pengumuman dari KDN Saudi mengenai penggantungan sementara pelbagai visa termasuk visa umrah kepada warganegara asing untuk memasuki Saudi.
Termasuk Malaysia dan Thailand

Juga Singapura dan Indonesia

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *