PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA

Kongsikan kepada yang lain
Share
PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Putrajaya, hari ini.

1. Dewan Rakyat pilih PM baharu Isnin ini

PUTRAJAYA: Sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini akan memilih Perdana Menteri yang baharu, kata Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri interim berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Dan kerana tiada yang ada majoriti jelas, (Tuanku) kata ruang yang sesuai adalah Dewan Rakyat.

“Maka Parlimen akan bersidang pada 2 Mac…. siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya,” katanya lagi dalam sidang media selepas membentang Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di sini, hari ini.

Dr Mahathir yang kembali menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata beliau akan menyokong jika parti itu akan menamakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Beliau menjelaskan tidak dapat menerima UMNO tetapi menyokong sesiapa saja yang meninggalkan parti itu untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya tidak terima UMNO tetapi Muhyiddin nampaknya dapat menerima mereka seluruhnya,” katanya.

Mengakui akan menerima sesiapa saja sebagai Perdana Menteri yang mendapat sokongan majoriti, katanya calon yang yang terpilih kelak boleh membentuk Kabinet sendiri.

Sementara itu, katanya, kerajaan perpaduan yang diilhamkan beliau itu bukan bergantung kepada wakil parti, tetapi berdasarkan kebolehan mereka sebagai individu.

Kredit: BHonline

2. Tiada mesyuarat khas Dewan Rakyat Isnin ini – Speaker

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan bahawa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dicadangkan Isnin ini, tidak akan berlangsung.

Beliau berkata, Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli Pemberitahuan Usul yang lengkap.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat sudah menerima Surat Pemakluman Memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri Interim, memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya Dewan Rakyat dipanggil bermesyuarat pada Isnin, 2 Mac 2020.

“Namun, saya mendapati surat berkenaan tidak menepati Peraturan Mesyuarat 11 (3) kerana tidak disusuli dengan Pemberitahuan Usul yang lengkap.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 11 (3), pemberitahuan dan tarikh mesyuarat akan dikeluarkan oleh saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Setakat ini, tiada notis dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad Ariff berkata, keperluan untuk mengadakan mesyuarat itu akan dibuat selepas mendapat pemakluman titah rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong berhubung proses pemilihan Perdana Menteri.

“Saya akan terus meneliti perkembangan semasa dan kenyataan mengenai notis serta tarikh Mesyuarat Khas akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada Isnin ini untuk memilih Perdana Menteri yang baharu.

Dr Mahathir berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Dan kerana tiada yang ada majoriti jelas, (Tuanku) kata ruang yang sesuai adalah Dewan Rakyat.

“Maka, Parlimen akan bersidang pada 2 Mac…. siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Putrajaya.

3. Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja diharap rungkai kemelut politik

Majlis Raja-Raja dijadual mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat.

KUALA LUMPUR: Kemelut politik yang melanda negara nampaknya belum menemui noktah.

Episod demi episod yang berlaku saban hari sejak Ahad lalu, dilihat seperti akan berpanjangan.

Hari ini, Majlis Raja-Raja dijadual mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara, sebelum solat Jumaat.

Keputusan daripada mesyuarat ini pastinya penting, antaranya difahamkan berhubung situasi politik terkini negara, termasuk kemungkinan yang sedang dalam pertimbangan raja-raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong, antaranya meneruskan kerajaan baharu, serta pembubaran Dewan Rakyat.

Hasil mesyuarat ini pastinya ditunggu-tunggu dan merungkai kekusutan kemelut peralihan kerajaan yang sedang berlaku.

Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan persidangan khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 2 Mac bagi menentukan calon yang mendapat majoriti untuk menjadi perdana menteri baharu.

Dr Mahathir selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Putrajaya memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan forum yang tepat untuk memilih Perdana Menteri adalah di Parlimen selepas Seri Paduka mendapati tiada calon yang mempunyai majoriti ketara.

Beliau berkata sekiranya persidangan khas itu gagal mencapai keputusan, pilihan raya mengejut akan diadakan.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berkata semua proses berkaitan pemilihan perdana menteri baharu pada persidangan khas Dewan Rakyat pada 2 Mac depan akan ditentukan selepas menerima surat yang lengkap daripada Dr Mahathir.

Dalam pada itu, hari ini parti-parti politik dijangka mengadakan mesyuarat khas masing-masing bagi membincangkan situasi terkini dan langkah mereka dalam kemelut ketika ini.

Apa yang berlaku di peringkat Persekutuan dijangka memberi kesan kepada kerajaan negeri, dengan kemungkinan pertukaran kerajaan beberapa negeri. – BERNAMA

4. SPR sedia hadapi kemungkinan PRU

PENGERUSI SPR, Datuk Azhar Azizan Harun.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata bagaimanapun persediaan itu bukan disebabkan pergolakan politik yang sedang dihadapi negara pada ketika ini.

Sebaliknya, terdapat pelbagai faktor lain menyumbang kepada kesiapsiagaan SPR untuk mengadakan PRU.

“Sekretariat SPR memang sentiasa sudah bersedia dengan membuat persediaan awal dan mengaktifkan pelan PRU.

“Tidak dinafikan dalam keadaan sekarang terdapat kemungkinan untuk berlakunya PRU, namun pihak SPR belum membuat sebarang perincian dan perbincangan.

Ditanya sama ada pemilih berusia 18 tahun sudah boleh mengundi sekiranya pilihan raya diadakan pada tahun ini, Azhar berkata, ia bukan dalam masa terdekat.

Katanya, perkara itu dijangka dapat dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan.

“Bagaimanapun, perkara itu juga mungkin dapat dilaksanakan lebih awal, sekitar akhir tahun ini,” katanya.

Azhar berkata, anggaran kasar untuk mengadakan PRU adalah antara RM750 juta dan RM800 juta.

“Namun SPR belum membincangkan anggaran kos sekiranya PRU diadakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Tahun lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 dengan majoriti dua pertiga.

Dengan kelulusan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan itu, pilihan raya pada masa hadapan menyaksikan pengundi berusia 18 tahun dibenarkan mengundi dan menjadi calon berbanding usia 21 tahun sebelum ini, selain pendaftaran pengundi akan dilakukan secara automatik.

Pindaan berkenaan memperoleh sokongan 47 daripada 68 ahli Dewan Negara iaitu melebihi dua pertiga undian majoriti yang diperlukan, selepas 24 senator mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

5. Tiada lagi perbincangan dengan Tun M – Anwar

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang perbincangan dengan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembentukan kerajaan, tidak lagi berbangkit.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan, Dr Mahathir sudah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) walaupun gabungan itu masih wujud.

“Tidak (akan lagi berjumpa Dr Mahathir). Perkara itu tidak lagi berbangkit. Kami masih PH sedangkan dia (Dr Mahathir) sudah meninggalkan PH,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan PH di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau akan mengadakan pertemuan semula dengan Dr Mahathir bagi membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baharu.

Ditanya mengenai pelantikan semula Dr Mahathir sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anwar secara ringkas menjawab itu adalah keputusan Ahli Parlimen Langkawi terbabit.

Ditanya pula sama ada PH akan menerima jika BERSATU menyertai semula gabungan itu, Anwar berkata, keputusan boleh berubah mengikut keadaan.

Terdahulu Anwar bersama pimpinan PH mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di sini.

Mesyuarat yang bermula pada jam 1.30 tengah hari dan berakhir dua jam kemudian, difahamkan membincangkan mengenai isu dalaman parti dan situasi politik negara.

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pimpinan PH di Petaling Jaya, hari ini.

BERITA  | HIBURAN

6. ‘You Melayu ke? Saya cakap…- Disoal dalam Bahasa Inggeris, ini jawapan Tengku Razaleigh

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, seorang wartawan meminta kenyataan daripada Ku Li dalam bahasa Inggeris

TOKOH politik terkenal Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah mencuri perhatian wargamaya apabila menegur seorang wartawan yang bertanyakan soalan dalam bahasa Inggeris.
 
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @ladyarshankaur berkongsi sepotong video sesi temuramah Tengku Razaleigh atau lebih mesra disapa Ku Li bersama pihak media.
 
“Apabila menemuramah tokoh yang berbangsa Melayu, sila guna Bahasa Melayu. Bahasa jiwa bangsa. Bahasa Melayu telah termaktub di dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi,” tulis pengguna tersebut menerusi satu kicauan.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu, seorang wartawan meminta kenyataan daripada Ku Li dalam bahasa Inggeris.
 
Ku Li kemudian menjawab, “You Melayu ke? I cakap Melayu sahaja,” ulasnya sambil berpaling.
 
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memuji tindakan Ku Li yang hanya mahu menjawab dalam bahasa Melayu.
 
Malah, tidak kurang juga ramai yang menyanjung semangat Ku Li dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
 
“Terbaiklah Ku. Patut menjadi ikutan semua pemimpin,” puji seorang wargamaya.
 
“Aku sokong walaupun aku bukan Melayu. Sebab ia bahasa kebangsaan. Bangsa aku Bidayuh, walau satu bangsa tetapi kami ada beberapa dialek berbeza dan kami tak faham satu sama lain jika kami menggunakan dialek daerah masing-masing. Akhirnya bahasa Melayu yang buat kami faham satu sama lain,” luah seorang wargamaya.

“Bagus teguran YB Tengku Razaleigh pada pemberita Melayu. Memalukan pemberita-pemberita yang tak boleh cakap Melayu,” ujar seorang wargamaya.
 
“Teguran yang tegas! Tegas tak bermaksud sombong ye,” kata seorang wargamaya.
 
“Orang lama kalau berkias, makan dalam! Amik hang,” komen seorang wargamaya lagi.
 
Perkongsian video tersebut sehingga kini telah menerima hampir 300,000 tontonan dan 17,000 ulang kicau daripada warga Twitter.

Kredit: AstroAwani

7. Hasni Menteri Besar Johor ke-18

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di Istana Bukit Serene.

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang ke-18 di Istana Bukit Serene di sini sebentar tadi.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor berusia 61 tahun itu dilantik selepas gabungan BN, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada parti Bersatu selepas gabungan baharu itu dibentuk.

Hasni yang berasal dari Pontian berkelulusan
Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam, Universiti Of Missouri, Rolla Amerika Syarikat.

Beliau yang m pernah menjadi Ahli Parlimen Pontian merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan juga Ketua UMNO Bahagian Pontian.

Kredit– MalaysiaGazette.

8. UMNO, PAS Serta 96 MP Sudah Beri Sokongan, Muafakat Nasional Akhirnya Pilih Muhyiddin Yasin Jadi PM

Perkembangan terbaru hari ini apabila UMNO dan PAS sepakat mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Menurut satu kenyataan bersama Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, gabungan Muafakat Nasional mempersembahkan nama Ahli Parlimen Pagoh itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

” UMNO dengan 39 Ahli Parlimen dan PAS dengan 18 Ahli Parlimen bersetuju mencalonkan Muhyiddin.

” Bermakna seramai 57 Ahli Parlimen memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhyiddin,” katanya.

Berikut adalah update secara langsung perkembangan pembentukan kerajaan baru dan tanda tanya siapa bakal dilantik perdana menteri ke-8;

6.20 petang: Kenyataan media yang dikeluarkan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA yang mempunyai dua ahli parlimen dan MIC seorang ahli parlimen menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Presiden MCA Wee Ka Siong mengesahkan perkara ini dengan Malaysiakini.

” Ya,” katanya ringkas apabila diminta mengesahkan sokongan terhadap Muhyiddin. Beliau menambah bahawa MCA akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

PBRS yang merupakan komponen BN dengan 1 kerusi, belum lagi mengisytiharkan pendirian.

Muhyiddin 96 sokong, manakala Anwar 92

Ini bererti Muhyiddin mempunyai sokongan 96 ahli parlimen dari Bersatu, PAS, Umno, MCA dan MIC.

PH yang mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri mempunyai 92 sokongan ahli parlimen dari PKR, DAP dan Amanah.

6.00 petang: Umno dan PAS yang masing-masing memegang 39 dan 18 kerusi parlimen bersetuju mencalonkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri untuk perkenan Agong.

Terdahulu, kenyataan media Bersatu menyebut bahawa “36 ahli parlimen” mereka menghadiri mesyuarat. Bersatu sebelum ini hanya mempunyai 26 ahli parlimen. 10 ahli parlimen lain dipercayai merupakan kumpulan Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan PKR.

Dengan perkembangan ini, Bersatu, PAS dan Umno kini mempunyai 93 sokongan ahli parlimen.

PH yang mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri mempunyai 92 sokongan ahli parlimen dari PKR, DAP dan Amanah.

5.25 petang: Rumah Muhyiddin, Bukit Damansara – Anggota baru Bersatu iaitu Zuraida Kamaruddin, Saifuddin Abdullah dan Willie Mongin kini berada di rumah presiden parti itu.

Turut bersama ialah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Redzuan Yusof.

5.15 petang: Majlis Presiden PH kekal yakin Anwar Ibrahim memiliki sokongan terbesar anggota parlimen yang ditemu duga Yang di-Pertuan Agong beberapa hari lalu.

” Majlis Presiden percaya bahawa Anwar wajar diberi peluang untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan keyakinan majoriti anggota parlimen terhadap beliau,” kata PH dalam kenyataan.

PH berkata mereka meletakkan kepercayaan kepada Agong untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan perdana menteri.

5 petang: Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru. Beberapa sumber yang dekat dengan istana berkata acara itu diadakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Terdahulu, beberapa adun Umno dan Bersatu yang dihubungi Malaysiakini menutup mulut berkenaan acara angkat sumpah tersebut.

TOMMY THOMAS LETAK JAWATAN.

Peguam Negara (AG) Tommy Thomas telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, menurut satu laporan berita.

Dihubungi oleh Malaysiakini untuk pengesahan itu, beliau menjawab: “Ya.”

Memetik sumber, The Edge berkata Thomas mahu meletak jawatan ketika Mahathir masih mengetuai negara.

Mahathir melantiknya untuk penggal selama dua tahun pada 4 Jun, 2018. Ia dijadualkan berakhir pada bulan Jun.

The Edge juga melaporkan bahawa adalah tidak jelas apa yang akan berlaku dengan kes-kes ini yang dikendalikan oleh Thomas seperti skandal 1MDB yang melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Inilah sebahagian berita yang sempat anjang kutip berkaitan perkembangan politik tanah air. Apa yang peliknya ia berlaku dalam keadaan aman sedangkan kalau di negara lain telah menimbulkan kekacauan.

Hingga ada yang memuji Malaysia:

Villa GISBH Amman

11.20PM, Feb 28, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *