Kluster baharu COVID-19 di Sendayan, Negeri Sembilan

Kongsikan kepada yang lain
Share
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kewujudan kluster baharu di Sendayan, Negeri Sembilan.

PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kewujudan kluster baharu di Sendayan, Negeri Sembilan.

Ia menjadikan terdapat 28 kluster COVID ketika ini dengan tabligh di Sri Petaling menjadi kluster terbesar.

“Isu peningkatkan kes di Negeri Sembilan, memang kita ada kluster baharu iaitu kita sekarang ini kita ada 28 kluster. Namun ia masih kluster yang kecil. Kluster yang paling besar ialah kluster jemaah tabligh di Sri Petaling iaitu 39 hingga 40 peratus. Yang lain kurang sikit,” katanya dalam sidang media di sini pada Selasa. 

Kluster baharu di Sendayan itu melibatkan 39 orang yang didapati positif COVID-19.

“Kluster Sendayan kita ada 39 kes positif COVID-19 yang melibatkan pelajar Tahfiz, satu keluarga 11 orang dan lembaga pengarah 15 orang. Jadi kita dapati ada kes COVID-19 di Sendayan dan tindakan bersepadu sedang dan telah dilaksanakan oleh pegawai kita di lapangan dan kita harap kita harap kita dapat mengekang penularan COVID-19 di Sendayan,” ujarnya. 

Astro Awani April 14, 2020

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *