Ulangkaji Bab Puasa

Kongsikan kepada yang lain
Share

Diantara syarat sah puasa itu adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasanya seperti makan dan minum walaupun sedikit. 

Dhobit(perkiraan) sedikit itu adalah seperti sebiji lenga (biji sawi) dan setitik air.

Makan dan minum itu membatalkan puasa sekiranya dengan sengaja

Sekiranya dalam keadaan lupa atau jahil(tidak tahu) maka tidak batal puasa

Dhobit bagi jahil itu adalah jahil disisi syara’ iaitu ada dua sahaja :

– Jahil kerana baru masuk Islam

– Jahil kerana jauh dari Ulama

Selain daripada makan dan minum, perbuatan Jimak dan mengeluarkan air mani (Onani) dengan sengaja juga turut membatalkan puasa. 

Begitu juga dengan muntah dengan sengaja.

Secara terperinci berkenaan dengan perkara yang membatalkan puasa adalah :

– Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja walaupun kuantitinya sedikit (seperti biji sawi). 

– Memasukkan sesuatu ini termasuk juga menelan kahak yang mana sudah terkeluar daripada had zahir.

‎Dhobit bagi had zahir adalah pada huruf ح(menurut Imam Nawawi). Apabila kahak sudah sampai pada had zahir, lalu kita telan semula maka batal puasa kita. Di manakah Had Zahir (huruf ح), lihat gambar di bawah sebagai rujukan.

– Menelan air liur tidak membatalkan puasa tetapi dengan syarat, air liur itu tidak bercampur dengan apa-apa unsur seperti bercampur dengan darah dan sebagainya. Sekiranya bercampur dengan darah, lalu ditelannya (air liur) maka batal puasanya.- Menelan air liur meskipun air liur itu memenuhi mulut (kerana kumpul dari pagi sampai zuhur), lalu ditelannya tanpa ada percampuran dengan unsur lain, tetap tidak membatalkan puasa.

– Muntah dan sedu dengan sengaja akan membatalkan puasa seseorang itu apabila sesuatu yang keluar daripada perutnya kepada had zahir seperti yang saya nyatakan di atas.

– Jimak dengan sengaja dengan memasukkan kesemua kepala hasyafahnya (zakar) kedalam faraj (qubul/dubur) daripada anak adam (manusia) atau haiwan, maka batal puasanya (orang yang memasukkan kesemua kepala zakarnya)

– Dan tidak batal puasa sekiranya dia memasukkan separuh kepala zakarnya kedalam faraj, tetapi yang kena jimak/wati (liwat) batal puasanya kerana telah memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka (qubul/dubur)

– Mengeluarkan air mani dengan sengaja seperti beronani atau keluar air mani itu sebab mubasyarah (bersentuhan/berpeluk/cium) maka batal puasanya.

Batal puasa kerana keluarnya air mani. Sekiranya beronani tidak keluar air mani, hanya keluar air mazi tidak batal puasanya.

Kalau keluar air mani hasil daripada mimpi pada siang hari atau keluar mani hasil daripada berfikir/berkhayal atau melihat sesuatu, sekiranya tidak beradat (tidak menjadi kebiasaan apabila berkhayal atau melihat itu akan mengeluarkan mani) maka tidak membatalkan puasanya.

Sekiranya dia melihat atau berkhayal, yang mana dia tahu bahawa apabila dia melihat sesuatu atau berkhayal akan menyebabkan dia keluar air mani, maka batal puasanya.

– Gila pada satu lahzah pada siang hari juga membatalkan puasa.

– Pitam sepanjang hari, juga tidak sah puasanya.

– Murtad membatalkan puasa

– Kedatangan Haid/Nifas 

– Wiladah(beranak)

Itulah diantara perkara yang menyebabkan puasa seseorang itu batal.

Wallahu’alam

Kredit Twitter Musyetaq dari Kitab Matla’al Badrain

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *