Sedutan Berita 23.6.20

Kongsikan kepada yang lain
Share

Durian cetus kekecohan di pejabat pos

Raja Buah

BAVARIA: Seramai 12 pekerja pos di Jerman mendapatkan rawatan di hospital, manakala puluhan lagi dibawa keluar dari pejabat pos di bandar Schweinfurt, di sini.

Mereka dikatakan menerima rawatan perubatan kerana loya setelah menghidu bau kuat daripada bungkusan berisi durian kelmarin.

Difahamkan, pegawai polis, pasukan bomba dan pasukan perubatan kemudian dipanggil ke pejabat pos berkenaan untuk memeriksa bungkusan itu.

Polis mengarahkan semua penghuni bangunan keluar, termasuk 60 pekerja sebelum polis dan pegawai bomba membuka bungkusan itu.

Kekecohan bermula selepas seorang kakitangan pejabat pos itu curiga kerana terhidu bau yang amat asing.

“Oleh kerana kandungan bungkusan itu tidak diketahui dan tidak jelas, ia dianggap sebagai barang berisiko tinggi,” kata kenyataan polis Schweinfurt seperti dipetik portal berita antarabangsa CNN.

Setelah siasatan dibuat, bungkusan terbabit mengandungi empat durian dari Thailand yang dikirim seorang penduduk Schweinfurt berusia 50 tahun untuk rakannya di Nuremberg.

Polis berkata, 12 pekerja yang mendapatkan rawatan di hospital itu mengadu loya, manakala enam yang lain pula dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga.

Kejadian bungkusan berisi durian bukanlah pertama kali berlaku di Jerman.

Tahun lalu, perpustakaan di Universiti Canberra terpaksa dikosongkan kerana didakwa kebocoran gas dan hasil carian kemudiannya mendapati bahawa bau itu datang dari buah durian.

Sebelum ini, program realiti Fear Factor pernah menampilkan durian sebagai salah satu makanan yang mesti ditelan oleh peserta. Biasanya peserta dikehendaki memakan haiwan atau unggas yang menjijikkan. – AGENSI

AM: Hahaha Mujur orang Melayu lebih sukakan keamanan. Kalau tak mungkin telah lama dicipta bom durian. Tak tau orang Jerman yang bertanggung jawab mencipta bom atom tak mampu mencium bau durian yang sangat wangi bagi kebanyakan orang Melayu.


Status Terkini Covid-19

Situasi terkini 23 Jun 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 3 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 8,590 kes.


Daripada 3 kes baru, 1 kes adalah penularan tempatan bagi warganegara, 2 kes bagi bukan warganegara manakala tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.


9 kes telah pulih menjadikan 8,186 pesakit telah pulih dan discaj.


Tiada kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 121 kes.


Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID19. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang ditetapkan.



PKPP : JANGAN ALPA KELONGGARAN DIBERIKAN KERAJAAN

Teruskan patuhi SOP PKPP yang telah ditetapkan agar kita semua dapat memutuskan rantaian penularan wabak COVID19.

#KitaMestiMenang

#COVID19malaysia

Malaysia kekal tidak hantar jemaah haji, termasuk visa Furada – Dr Zulkifli

Dr Zulkifli berkata pembatalan itu turut terpakai kepada pemegang visa jemputan Arab Saudi atau visa Furada.

KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal dengan pendirian untuk tidak menghantar jemaah haji bagi musim 1441 Hijrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pembatalan itu turut membabitkan pemegang visa jemputan Arab Saudi atau visa Furada.

Jelasnya, beliau sendiri telah berhubung dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi di mana satu kenyataan rasmi berhubung perbincangan tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Berkenaan penghantaran jemaah haji, semalam (wakil) daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah menelefon saya dan ceritakan hakikat.

“Insya-Allah saya akan buat satu kenyataan di mana dia (Arab Saudi) menghargai Malaysia, atas pandangan kita dan kerjasama yang kita lakukan bersama mereka.

“Jadi tahun ini memang kita tidak akan hantar sama ada jemaah haji atau Furada berdasarkan situasi terkini di Arab Saudi,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu menyampaikan bantuan dan melancarkan Aplikasi Mobile Jejak Asnaf (MoJA) yang merupakan inisiatif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam menyantuni golongan yang memerlukan.

Sebelum ini, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) merayu kepada kerajaan untuk memberi kelonggaran kepada individu yang mendapat visa jemputan Arab Saudi atau visa Furada.

Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata pihaknya sedia mematuhi segala garis panduan yang akan ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi dalam memastikan mereka yang mendapat visa Furada dapat menunaikan ibadah tersebut.

AM: Moga Allah panjangkan umur kita untuk dapat tunaikan haji tahun hadapan atau apabila keadaan mengizinkan. Terutama Nasir Putrajaya dan Marina yang sampai nak jual rumah sebab nak naik haji. Tapi keadaan belum mengizinkan. Jual apa pun, belum tentu boleh pergi. Ya Allah, mudahkanlah…

Jangan alpa kelonggaran diberikan kerajaan

Pawagam dibenar beroperasi semula bermula 1 Julai depan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Bagi ‘kaki wayang’ dan penggemar filem tempatan, mahupun antarabangsa, pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai depan, sudah tentu merupakan satu perkhabaran gembira.

Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton ‘layar kecil’ di rumah dengan rancangan dan filem lama yang disiar berulang kali, baik menerusi siaran televisyen digital percuma, mahupun stesen televisyen berbayar, kelonggaran yang diberikan ini amat ditunggu-tunggu.

Antara filem yang dijadual untuk ditayangkan di pawagam adalah filem perisikan British terkenal, ‘James Bond: No Time To Die’, yang sepatutnya ditayangkan pada April lepas, namun terpaksa ditunda berikutan penularan wabak COVID-19.

Turut ‘beratur’ menunggu giliran untuk ditayangkan termasuk filem francais Marvel ‘Black Widow’; filem keluaran Walt Disney Pictures ‘Mulan’, serta filem seram ‘Antlers’ dan ‘Antebellum’.

Bukan sahaja dapat menonton wayang, kerajaan turut memutuskan untuk membenarkan aktiviti teater dan ‘live event’, serta riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar dan kolam renang persendirian.

Kebenaran yang sama juga diberikan terhadap penganjuran mesyuarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan.

Namun dalam keghairahan terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan, aspek kawalan kendiri serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP), yang ditetapkan oleh kerajaan perlu terus diutamakan.

Sudah tentu, kita tidak mahu kes jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat dan wujud kembali kluster baharu, dek kealpaan dan kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Lihat sahaja apa yang berlaku tiga hari lalu, apabila timbul kluster di Labu Lanjut, Sepang, yang menjangkiti lima individu setakat ini, dipercayai berpunca daripada aktiviti kunjung-mengunjung.

Walaupun jumlahnya hanya satu angka, tidak mustahil angka itu akan meningkat serta timbul lagi kluster baharu seumpamanya, jika aspek kawalan kendiri termasuk amalan jarak sosial diabaikan.

Pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri beberapa hari lepas mengeluarkan amaran tentang ‘fasa baharu dan berbahaya’ pandemik COVID-19, apabila orang ramai mula bosan dengan perintah berkurung dan kawalan pergerakan, sedangkan virus itu masih merebak.

Ingatlah, kita belum menang walaupun semalam buat kali kedua, tiada kes penularan di negara ini dalam kalangan warganegara direkodkan, selepas kali pertama dicatatkan pada 9 Jun lepas.

Berjaya atau tidak usaha untuk memutuskan rantaian pandemik ini, banyak bergantung kepada usaha rakyat sendiri, kerana Malaysia hanya boleh mengumumkan bebas daripada jangkitan COVID-19 sekiranya tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 28 hari.

AM: Untuk selamat dari Covid-19 tonton filem di rumah je. Tak payah bersesak bagai. Untuk keselamatan hati dan jiwa, AM cadangkan tonton drama dan lain-lain program yang menarik dan membangun jiwa di https://ikhwantv.com/category/drama/

InsyaAllah tak mengecewakan. Lagipun pelakon, pengarah dan semua yang terlibat rata-remaja muda belia. Berilah support!!!

Musim haji diteruskan, jumlah jemaah dihadkan

Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan namun jumlah jemaah akan dihadkan. -Gambar fail

RIYADH: Arab Saudi umum musim haji tahun ini diteruskan.

Jumlah jemaah bagi mengerjakan ibadat itu walau bagaimanapun akan dihadkan, lapor stesen televisyen al Ekhbariya, susulan pandemik COVID-19.

“Kementerian Haji dan Umrah telah memutuskan musim haji bagi tahun 1441h, akan diteruskan dengan jumlah jemaah yang terhad dari pelbagai negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif negara yang sudah menetap di Arab Saudi.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadat haji dijalankan dengan kaedah selamat dari perspektif kesihatan umum dengan memantau pendekatan pencegahan dan protokol penjarakan sosial bagi melindungi umat Islam dari risiko yang dikaitkan dengan pandemik ini.

“Selari dengan ajaran Islam bagi melindungi nyawa.

“Keputusan ini adalah refleksi keinginan pemerintah Arab Saudi untuk melindungi umat Islam dari bahaya pandemik,” lapor stesen itu.

Bagaimanapun jumlah jemaah yang dibenarkan mengerjakan haji tidak diperincikan.

Musim haji yang dijadual bermula hujung Julai lazimnya mengumpulkan dua juta umat Islam dari seluruh dunia.

Arab Saudi tidak pernah membatalkan musim haji sejak 90 tahun lalu.

AM: Allah tak dapat la tunaikan haji lagi tahun ini. Mungkin akan berlaku peristiwa besar Haji tahun ini. Mari sama-sama kita tunggu…

Laporan Laksana ke-10 oleh Tengku Zafrul: Ini lima perkara yang anda perlu tahu

Tengku Zafrul membentangkan Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Selasa membentangkan Laporan Laksana Ke-10 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Ini lima tumpuan laporan itu yang perlu anda tahu: 

1. Seramai 181,000 lagi pemohon akan menerima Bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bermula esok.

2. Sehingga 19 Jun, sebanyak 4.3 juta permohonan program i-Lestari KWSP telah diluluskan melibatkan RM2 bilion sebulan.

3. Program Subsidi Upah: Sehingga 19 Jun, RM4.89 bilion telah diluluskan terhadap 303,596 majikan yang memanfaatkan lebih 2.4 juta pekerja.

4. Program Bantuan Majikan COVID-19 (e-CAP) KWSP: Sehingga 19 Jun 2020, sebanyak 34,246 permohonan telah diterima dan 8,489 diluluskan bernilai RM56.8 juta bagi caruman KWSP majikan.

5. Dana Pinjaman Mudah PKS: Sehingga 19 Jun 2020, permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan oleh PKS adalah sebanyak RM8.2 bilion dan akan memanfaatkan 19,253 PKS.

Jumpa ‘Pilot’ dan Kak Ros di Duyong

Tak ramai yang tahu Abang Hashim ni dulu Pilot. Dah hampir 20 tahun Anjang tak ke rumah Abang Hashim. Dulu kadang-kadang jam 2 pagi singgah bersahur di rumahnya. Walaupun tangan Abang Hashim sakit, tetap dia melayan tetamu.

Kak Ros hidangkan kami kuih karipap dan kuih kipas berisi coklat. Banyak perkara Kak Ros ceritakan. Semuanya dalam nada merendah diri sambil diselang seli dengan tangisan. Lembut hati Kak Ros. Walaupun dah dimamah usia tapi tetap berkhidmat membuat kuih setiap hari untuk jualan; koci, karipap, kuih talam dan seri muka antara kuih yang mereka siapkan di awal pagi. Sekarang tolak di kedai 30 sen sebiji.

Anjang dapat hadiah lada pahit untuk rawatan secara tradisi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Makannya kena kunyah, baru keluar pahitnya. Perghhh pahit gilerrr. Melekat kat mulut. Kena makan dengan makanan lain seperti kuih-muih atau pisang.

Abg Hashim dan Kak Ros juga minta anjang try katil urut ceragem. Bagus la. Terasa lega badan bila diurut begitu. Harganya berbelas ribu. Akhirnya urut cara isteri juga la buat masa ni.

Tahu ke Abg Hasihim ni Pilot apa?

Alhamdulillah
Lada Pahit… Pahit nak mamposss

Bangunan bentuk kapal di Air Keroh

Bangunan ni terbiar. Sebenarnya ia under hotel di sebelah tu. Kalau buat Restoran cantik ni.
Restoran atas air sbb di bawahnya memang ada kolam. Boleh ternak ikan.
Rindu Tuan Nasir
  • https://www anjangmuor com/2020/06/23/sedutan-berita-23-6-20/ (21)

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *