Ucapan Takziah Syeikh Abu Musab dari Jordan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Ucapan Takziah dari Syeikh Abu Mus’ab atas pemergian Tuan Mohd Rasidi menemui Tuhannya.

Pagi ini saya menerima berita yang sangat menyedihkan, walaubagaimanapun kita sentiasalah menerima dengan pasrah segala ketentuan Ilahi…

Di zaman yang bilangan orang Soleh sangat sedikit ini, satu perkara besar untuk kita kehilangan seorang Soleh seperti Sy Rashidi, lebih-lebih lagilah kepada orang-orang Allah yang sangat terasa kehilangannya.

Namun yang menghibur diri ini adalah beliau meninggalkan dunia kembali kepada Tuhannya dalam keadaan beliau telah melaksanakan tanggungjawabnya bahkan lebih dari itu, beliau pejuang di jalan kebenaran dan kejayaan.

Beliau juga meninggalkan satu generasi yang baik yang menyeru ke jalan Allah sepertimana yang beliau telah dibentuk dahulu oleh Syeikh Al-Mujahid almarhum almurabbi Ashaari Muhammad. Mereka sekarang bertemu di syurga yang kekal abadi di sisi Raja yang Maha Berkuasa.

Takziah untuk diriku dahulu, juga takziah untuk semua saudara-saudara yang dikasihi di seluruh pelusuk dunia, khususnya kepada para Syeikh-Syeikh, Syeikh Nasir, juga teman-teman beliau (Syeikh Rashidi) dan keluarga beliau semuanya…

Syiekh Abu Mus’ab adalah di antara pemuka Bani Tall di Jordan, salah satu qabilah Arab yang penting di Irbid, Jordan. Nama sebenar beliau ialah Dr Hisham At Tall. Salah seorang dari keluarga Tall pernah menjadi PM Jordan iaitu Wasfi At Tall. Syeikh Abu Mus’ab adalah pembantu kanan Sidi Abu Khalid As Syummari dan bersahabat dengan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad.

Kunjungan YBhg Tuan Mohd Rasidi ke kediaman Syeikh Abu Mus’ab di Mafraq, Jordan.


Tuan Mohd Rasidi berdakapan dengan Syeikh Abu Mus’ab di Vila GISBH Turki Okt 2018
ALP GISBH bersama Syeikh Abu Mus’ab di hadapan Maqam Sultan Muhammad Al-Fatih di Istanbul, Turki 11.10.2018

تلقيت هذا الصباح خبرا مؤلما جدا وان كان التسليم بالأمر الالهي يرافق كل الأحداث دائما.
في هذا العصر  الذي
يقل فيه الصالحون للأسف أن تفقد رجلا صالحا بمستوى الشيخ رشيدي لا شك أنه أمر جلل وخسارةبالغه لأهل الله. ولكن الذي يعزي أنه


غادر هذه الدنيا راجعا إلى ربه وقد أدى كل ما عليه وزياده مجاهدا في طريق الحق والفلاح
تاركا جيلا طيبا من الدعاة إلى الله كما رسم له ذلك من قبل
الشيخ المجاهد المرحوم بإذن الله المربى أشعري محمد. ألآن سيلتقيان في جنان الخلد عند مليك مقتدر.
أعزي نفسي أولا واعزي كل الإخوان الأحبه في كل بقعة في الأرض وأخص الشيوخ الاعزه ناصر
ورفاقه وكذلك أهله أجمعين.
وإنا لله وإنا إليه راجعون

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *