TAUBAT

Kongsikan kepada yang lain
Share

Assalamualaikum. Salam ceria.

Klik untuk Kuliah Ringkas

Dulu para pemimpin Malaysia lancarkan dasar langit terbuka. Bila langit terbuka, semua orang boleh akses ke media sosial melalui internet. Di Interet ini ada banyak kebaikan juga keburukannya. Maksiat dan kerosakan dari internet ini boleh kita sebut sebagai fitnah Akhir Zaman. Filter yang boleh menapis dan menentukan seseorang tidak terlibat dengan fitnah akhir zaman ini ialah iman di dadanya.

Tapi apa yang berlaku sekarang Umpama serangan-serangan udara terlalu banyak tapi kita tak ada penangkis peluru berpandu. Ramai yang gagal. Maka terlibat dengan maksiat dan dosa hanya dari telefon bimbitnya. Ya, hari-hari kita buat dosa melalui hand phone. Tengok maksiat, gambar dan video lucah, baca cerita fitnah, umpat, pendustaan kemudian tambah lagi dosa dengan viralkan. Memaki, mencarut kalau tak sebut pun tapi menaip, paling kurang baca makian orang, carutan, fitnah dan umpat keji. Elakkan *DOSA DI TAPAK TANGAN-HP*

Kesannya doa dan ibadah kita tak diterima. Hajat kita tak tercapai. Kemenangan yang diidam-idamkan tak kunjung tiba.

Mari kita bertaubat… itu je caranya.

Taubat tu apa?

Taubat tu kembali kepada Allah setelah berbuat dosa. Orang yang berdosa umpama orang yang sedang karam di dalam lautan. Bukan senang hendak diselamatkan. Orang yang berdosa seperti ular besar yang sedang membelit seseorang, menunggu hendak ditelan. Orang yang berdosa laksana singa yang galak hendak menerkam, bukan senang hendak lepaskan diri dari cengkamannya. Orang yang berdosa seperti seorang yang sedang dipeluk oleh seseorang yang hodoh. Seluruh badan penuh dengan kudis. Nanah dan darahnya sedang mengalir dengan ulat-ulatnya yang menjijikkan. Baunya terlalu busuk, meloyakan tekak dibuatnya. Semua kita kena rasakan begini, rasa amat bahayanya kedudukan kita, rasa tidak selamatnya kita, rasa ngeri seperti serangan binatang buas tadi, rasa diri ini jijik dan meloyakan baru datang rasa ingin kembali kepada Allah. Itulah taubat. Rasa bersalah dan penyesalan yang mendalam, lalu ingin kembali kepada Allah.

تَابَ-يَتُوْبُ-تَوْبَةً

Kembali kepada Allah. Roh kita kan asalnya kenal dan takut Allah. Sudah tentu sangat menurut perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Bila bertaubat, kita kena menyesal yang amat sangat lalu menghentikan maksiat serta merta dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi dan meneruskan kehidupan dengan melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Kalau hand phone punca maksiat dan kamu tak mampu mengawalnya, serahkan pada orang yang bertanggung jawab ke atasmu… serta merta.

Kalau hartamu membuatkan kamu bakhil dan tamak, infakkan kepada perjuangan Islam.

Kalau suamimu atau pemimpinnya tempat kamu bersangka buruk, full stop. Bersangka baiklah.

Begitulah seterusnya…

Umpama seorang yang telah jatuh di dalam gerabak LRT dari rel. Terbabas dari landasan. Kenalah dinaikkan semula. Dibersihkan luka-lukanya dan diberi rawatan. Lalu teruskan perjalanan. Atau terjatuh dalam longkang yang kotor, busuk dan menjijikkan kenalah di naikkan, dimandi dan dibersihkan. Lalu meneruskan perjalanan menuju Tuhan. Itulah taubat.

Semua orang nak berjaya, nak berjaya kena bertaubat. Firman Allah:

وَتُوْبُوا اِلَى اللهِ جَمِيْعًا اَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.

“Bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”.

Bumi mana yang tak ditimpa hujan? Semua orang bersalah sebab kita manusia. Manusia sentiasa lupa dan lalai. Apabila buat dosa, Allah minta kita mengaku salah dan meminta ampun. Bukan selamba sahaja. Tak rasa bersalah. Lebih-lebih lagi membuka aib orang, mengatakan ‘salah orang lain lebih besar lagi’ dan menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.

Demi kejayaan yang kita idam-idamkan, marilah kita bertaubat sungguh-sungguh dan jangan buat dosa lagi.

Kalau buat dosa; di dalam perjuangan terhijab bantuan. Kita akan berhadapan dengan dua kehinaan. Kemurkaan Tuhan dan kekalahan. Sudahkah kalah dengan musuh, Allah murka lagi. Masuk neraka.

Hendak ke kita yang telah bersusah payah berjuang bertahun-tahun, tapi akhirnya masuk neraka?!!

Ampun Ya Allah..

Rumah Tetamu GISBH Krubong Melaka.

9.19AM, Okt 14, 2020

#MingguTaubat #KempenTaubat #TaubatSupayaDoamuMakbul


anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: