Hasil Tangkapan Nelayan GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

“Give a man a fish and you feed him for a day; teach a man to fish and you feed him for a lifetime.”

Ini peribahasa orang putih. Korang faham kan? Macam mana cara nak relate dengan suasana remaja Ikhwan atau RPU sekarang?

Kalau kamu beri RPU GISBH seekor ikan, kamu hanya memberi dia makan untuk satu hari tapi kalau kamu ajar RPU menangkap ikan, kamu memberi makan kepadanya seumur hidup.

Tuan Nasir dan Tuan Nik bercadang membeli bot lagi…

Tapi apa yang pimpinan GISBH lakukan terutama Pengerusi Eksekutifnya, Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan Pengarah GISBH Kelantan, Tuan Nik Hazani lebih dari itu.

Mereka bukan sahaja menyediakan kapal nelayan yang lengkap dengan peralatan, awak-awak dan tekong malah masuk kapal, turun ke laut, merasai sendiri kehidupan nelayan dari bermula projek perikanan Ikhwan ini hingga memperolehi tangkapan buat kali pertama.

Oleh itu, mungkin peribahasa yang sesuai untuk golongan Ikhwan ini ialah: Berikan RPU kapal nelayan, latih mereka, jaga kebajikan roh, fikiran dan jasad mereka, InsyaAllah tuntutan Fardhu Kifayah di bidang perikanan selesai, maruah orang Melayu Islam Malaysia dari sudut makanan laut terbela.

Jadi mana-mana pihak yang ada kapal dan ilmu laut tu bermurah hatilah kepada mereka kerana mereka tidak terlibat dengan pinjaman bank dll yang melibatkan hutang dan riba. Jadi sokong mereka dengan ilmu, pengalaman, dana… mudahkan segala urusan mereka.

Tuan Nasir melawat perkhidmatan Jet-ski di tepi Sungai Kelantan.

Bukan mudah untuk mentadbir kapal nelayan ni.

  • Tekong kebanyakkannya warga Thailand. GISBH tak ada masalah, ramai staf GISBH orang Thailand. Tekong tak makan gaji, dia dapat 8% dari hasil tangkapan. Sebab itu tekong suka keluar walaupun musim tengkujuh tapi mereka sangat berdisiplin dan bertanggung jawab. Cuma biasalah kerja pakai spender je.
  • Awak-awak warga Thai banyak ambil ‘barang’ dan tidak berdisiplin. Jalan penyelesaian, akan dipilih pekerja baru. Mereka menerima gaji RM1200 seorang sebulan. Sebab itu kerja ke tak, berdisiplin atau culas, gaji jalan. Yang tak seronok, bukan saja ambil ‘barang’, sembahyang pun tak. Sedih sangat. Orang yang beri kita lauk pauk, agama mereka tergadai.
  • Modal sekali keluar memukat bukan sedikit. Kena ambil tahu baru ada rasa di hati bukan hanya rasa di lidah dan tekak.
  • PERLU SETIAP KALI BALIK & KELUAR KE LAUT
  • Diesel (topup)RM 4,400
  • Ais RM 1,900
  • Makanan RM2,000
  • Advance gaji RM3,400
  • Yuran LKIM RM 100
  • Upah (sort ikan) RM100
  • Maintenance. RM 1,000
    TOTAL RM 12,900
    Turun ke laut ini satu perjuangan, tinggi risiko, banyak kos, hebat cabaran.

Peribahasa Melayu mengatakan;
Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Ini bukan soal tepi pantai tapi kena masuk laut, kena cari lubuk ikan, kena pasang dan tunggu unjang/unjam, musim tengkujuh pula.

Bila segala cabaran berjaya ditempuh dan Allah izinkan mendapat hasil tangkapan pertama, terasa sangat bersyukur kepada Allah. Walaupun hasil masih sedikit tetapi ia memberi banyak pengalaman yang terlalu berharga buat para RPU. Melihat ikan Tongkol/Kayu/Aya/Skipjack Tuna (ikan yang sama) yang segar-segar sangat teruja. Begitu juga ikan-ikan lain fresh dan yang penting tangkapan GISBH sendiri.


Kita jumpa lagi.

Ridel Hotel
12.18pm, Nov 14, 2020

  • lossdwf (1)

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: