Simpati GISBH dari Rusia

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

  1. GISBH mempunyai rakan-rakan, kenalan dan para simpati dari seluruh pelusuk dunia. Jepun, Filipina, China, Australia, New Zealand, Saudi, UAE, Jordan, Syria, Mesir, Turki, Albania, Bosnia, UK, Jerman, Morocco, Algeria dan lain-lain negara hatta Rusia.
  2. Di Rusia, antara rakan juga simpati GISBH ialah Mr. Marat Kabaev. Beliau ialah bekas pemain bola sebuah kelab bola Rusia, ayah kepada Alina Kabaeva. Sekarang beliau aktif dalam kesatuan ahli ekonomi Muslim Rusia. 
  3. Ketika rombongan ahli perniagaan Muslim Rusia yang beliau ketuai dijamu dalam lawatan mereka ke Malaysia suatu ketika dahulu diberitahu bahawa Dato’ CEO GISBH beristeri 4 dan mempunyai 30 orang anak, spontan kesemua mereka berdiri dan bersalaman dengan Dato’ Lokman sambil mengucapkan tahniah penuh bangga.
  4. Baru-baru ini, satu rombongan ahli perniagaan Muslim dari Rusia telah berkunjung ke Restoran Nur Malaysia Tashkent. Mereka adalah team Mr. Marat Kabaev. Beliau sendiri tidak dapat bersama kerana pergi ke Turki.
  5. Pun begitu, orang kanan Mr. Marat Kabaev iaitu Mr. Haider ada bersama dan sempat ber’video call’ dengan YH Dato’ CEO GISBH.
  6. Antara komen Mr. Haider: “Restoran ini aku tengok paling cantik di Tashkent.”
  7. Bersama-sama beliau ada Ketua Pengarah International Certification Centre Halal (Macam Halal JAKIM) bernama Mr. Murat. Beliau bertanya samada Restoran Nur Malaysia telah memperolehi sijil Halal? Pihak GISBH menyatakan; “Belum. Tapi barang-barang mentah yang kita beli semuanya dari tempat-tempat yang  disahkan halal.
  8. Mr. Murat meminta wakil Restoran Nur Malaysia Tashkent agar pergi ke pejabatnya untuk beliau bantu uruskan kelulusan Sijil Halal.
  9. Beberapa hari kemudian, Mr. Murat menjemput wakil GISBH ke pejabatnya untuk membalas kunjungan dan menguruskan pensijilan halal Restoran.
  10. Semasa pertemuan, Mr Murat membuat panggilan ‘Video Call’ dengan Mr. Marat Kabaev untuk berbual dengan wakil-wakil GISBH. 
  11. Begitulah apabila telah ada rasa cinta di hati semata-mata kerana Allah, sangat mudah bekerjasama. Panggilan video pula menambah kuatkan ikatan kasih sayang.
  12. Sekarang Anjang bersama rombongan YBhg Tuan Nasir sebanyak 7 kenderaan seramai 33 orang menuju bandar Sri Manjung Perak untuk memulakan kerjasama dengan Mr. SOL dengan diwujudkan ‘Kluster Gaharu’.
  13. Kalau dengan orang Rusia, etnik Tatar yang sangat berbeza bahasa, budaya dan warna kulit pun GISBH boleh bekerjasama apatah lagi sesama anak bangsa sendiri.

Otw Manjung

10.31am, Nov 28, 2020

Klik untuk tonton video. Sila subscribe, like, share & beri komen.

By anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *